*Ini bukan cerita sedih*
Aku hanya mahu mencurahkan pendapat aku tentang apa yang aku rasa dan lihat.
Dulu masa alam remaja, selalu nampak kat cerita-cerita orang putih pasal mak-mak keluar melancong atau waktu keluar dengan kawan-kawan.
Tetapi pada pandangan aku ketika itu, aku rasa macam pelik sebab norma kehidupan wanita Malaysia-Melayu yang dah jadi mak-mak ni daripada ada geng bila dah berkahwin dah tak berapa nak hang out together (tak tahu lah sekarang macam mana sebab Hanis Zalikha selalu je ada masa "Girl's out" - which is good actually) .
Sekarang, aku sudah berumahtangga baru aku faham kenapa penting untuk seoarang wanita yang dah berkahwin, tambahan pula yang sudah beranak pinak sangat-sangat perlu ada masa sedemikian. Kenapa? Berikut aku senaraikan sebab musabab kenapa seorang wanita perlu masa bersendirian dan/atau masa dengan kawan-kawan :
gambar sekadar hiasan
1. Bila berkahwin, wanita secara semulajadinya akan mendedikasikan seluruh jiwa dan raga kepada suami dan keluarga (keluarga menjadi bertambah besar dengan keluarga mertua). Norma wanita asia, makan pakai suami sangat penting untuk dijaga. Kerja rumah nampak kecil tapi sebenarnya kerja yang tak pernah habis tambahan pula yang dah ada anak.
Rutin wanita bekerja : masak sarapan-kerja-balik kerja masak untuk makan malam-uruskan keperluan suami dan anak untuk esok pagi-gosok baju-lipat baju-tidur (secara umum)
Rutin wanita tidak bekerja : masak sarapan-hantar anak sekolah-kemas rumah-sidai baju-pergi pasar-masak tengahari-angkat baju-buat minuman petang-ambil anak daripada sekolah-masak makan malam-kemas dapur-uruskan baju suami dan anak untuk esok pagi-tidur (secara umum)
Rutin ini akan berulang-ulang setiap hari dan seseorang wanita itu mungkin akan berasa bosan seketika.
2. Tipulah kata perkahwinan tu senantiasa manis bergula. Dalam perkahwinan mesti ada juga masalah dan pergolakan terutama antara suami dan isteri. Akan ada beberapa waktu seorang wanita itu rasa tidak dihargai oleh suami atau anak-anak yang tak prihatin setelah seluruh dedikasi diberikan dalam kehidupan berumahtangga. Pada waktu krisis seperti inilah seseorang wanita itu perlu keluar daripada ruang lingkup yang 'melemaskan' dan mungkin membahayakan perkahwinan sekiranya tidak dirawat dengan betul.
3. Wanita sebagai role model
Seorang wanita itu bertanggungjawab menggalas tanggungjawab mendidik anak-anak. Ya, ibu sebagai role model. Aku belum lagi menjadi seorang ibu. Akan tetapi apabila aku menjadi seorang ibu, aku mahu menjadi ibu yang serba boleh, bijak dan pandai mendidik anak-anak. Seorang ibu yang anak-anaknya look up to her. An Inspiration. Sebab itu wanita tidak boleh terhenti setakat menjaga dan mendidik anak-anak tetapi lebih daripada itu. Menjadi guru dan rujukan anak-anak. Atas sebab-sebab inilah seseorang wanita itu wajib TAMBAH ILMU dan ASAH SKIL-SKIL KEHIDUPAN.
Selain daripada itu, wanita juga berperanan menjadi pembantu dan penasihat suami. Suami adalah ketua keluarga yang wajib dihormati. Akan tetapi, seorang suami memerlukan isterinya untuk menegur dan membantu dalam menguruskan rumahtangga agar tidak hanyut bahtera perkahwinan. Dan atas sebab yang sama juga wanita perlu TAMBAH ILMU dan ASAH SKIL-SKIL KEHIDUPAN.
Untuk mencapai matlamat ini, seseorang wanita itu perlu memperuntukkan masa untuk keluar mencari ilmu, keluar melancong (untuk mendapat perspektif baru) atau apa-apa sahaja aktiviti yang membantu meningkatkan keyakinan, ilmu dan improvement dirinya sendiri.
Aku harap apa yang aku tulis ini, dapat menjadi peringatan untuk diri sendiri terutamanya di masa hadapan, kot-kot tergerak nak buka posting lama.
*Ini hanya pendapat aku*
*Ini bukan artikel feminis*
Sekian.
No comments:
Post a Comment