Monday, December 12, 2016

KATARSIS



Kalau aku diberi satu kata untuk menghurai novel ini, ia adalah PSIKO.

Ya.

PSIKO.

Latar Belakang

Katarsis merupakan karya sulung penulis Indonesia, Anastasia Aemilia yang telah mula diterbitkan pada tahun 2013. Katarsis yang aku baca merupakan edisi terjemahan daripada bahasa Indonesia ke bahasa Melayu dan telah diterbitkan oleh BUKU FIXI.

Sinopsis

Novel ini mengisahkan seorang gadis, Tara, yang menghidapi masalah mental breakdown yang merisaukan. Highlight di dalam penceritaan ini bermula apabila berlaku pembunuhan keatas seluruh keluarga Johandi yang mana Tara merupakan satu-satunya saksi dalam tragedi tersebut. Dia digelar sebagai 'Gadis Yang Selamat' selepas polis menemuinya dikurung di dalam sebuah kotak perkakas kayu dalam keadaan separuh nyawa. Selepas daripada kejadian itu, Tara mengalami trauma yang amat teruk. Di saat itu juga, muncul Dr Alfons, pakar psikiatris yang berusaha mengubati masalah mental Tara.

Selepas beberapa tahun menjalani rawatan daripada Dr Alfons, Tara menjadi semakin sihat dan pulih daripada masalah mentalnya. Masalah kembali apabila berlaku satu-persatu pembunuhan yang melibatkan kotak perkakas kayu, yang mana menjadi kengerian buat Tara sejak tragedi tersebut.

Komen

Pertama, Katarsis ditulis dengan menggunakan watak orang yang mengalami masalah mental sebagai 'orang yang bercerita' . Bagi aku, ini merupakan satu sisi unik karya ini. Tak ramai penulis yang mahu menceritakan cerita dari sisi gelap kerana kebanyakan penulis memang akan menggunakan watak utama yang baik dan sempurna sebagai 'Hero' atau 'Heroin'.


Kedua, Katarsis telah membuka mata aku tentang dunia penulisan yang amat luas. Bukan sahaja genre penulisan atau apa-apa aspek teoritikal yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan ruang lingkup penulisan itu sendiri yang perlu kita pelajari dan fahami, akan tetapi aspek latar belakang penulis yang menulis sesebuah karya itu. Menurut pengetahuan dan pengalamanku yang serba cetek ini, penulis-penulis novel Malaysia mempunyai pola penceritaan yang hampir sama walaupun masing-masing mempunyai genre yang berbeza. Apa yang aku maksudkan adalah pattern atau pola penceritaan bukan isi. Bagi aku, penulis Indonesia memang lebih kritis dalam menghurai cerita berbanding kebanyakan (bukan semua) penulis di Malaysia.

Ketiga, Katarsis mempunyai sedikit persamaan dengan cerita-cerita Jepun, iaitu elemen suspen dan misteri. Dalam cerita ini, penulis tidak menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan mengapa Tara membenci nama 'Tara' yang diberi oleh kedua orang tuanya. Penulis turut meninggalkan persoalan berkenaan beberapa hal di akhir cerita. Yakni, penulis membiarkan pembaca berimaginasi berkenaan beberapa hal tersebut. Daripada persoalan tersebut, pembaca akan menimbulkan persoalan seperti, "Akan adakah sambungan?".

Keempat, selain daripada itu, Katarsis juga mempunyai beberapa kekurangan yang perlu diberi perhatian oleh penulis. Aku berpendapat, susunan jalan penceritaan agak tidak teratur kerana terdapat elemen imbas kembali yang tidak diperincikan secara jelas sehinggakan aku menyangka babak tersebut merupakan jalan cerita yang berikutnya. Begitu juga watak Marcello Ponty dalam beberapa bab di mana watak ini menjadi watak yang bercerita. Sehingga aku sendiri agak sedikit lost, 'watak siapa ini'.

Penutup

Secara keseluruhannya, bagiku, novel ini merupakan permulaan yang baik bagi penulis yang pada masa material baru mula untuk berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Aku belajar beberapa terma psikologi serta memahami corak penulisan karya dari Indonesia.

It's a good read!

Alhamdulillah.

No comments: