luahan ini ingin ku kongsi buat tatapan semua,
14/1/2008
8.57 p.m.
Bilik study blok D,
Asrama puteri, SAM Bandar baru Salak Tinggi,
Sepang, Selangor D.E.
Masa silam bagiku memang sesuatu yang keramat. Kerana masa silam banyak mendidik dan mengajar aku mengenali kehidupan ini. Dari semasa ke semasa aku cuba memperbaiki kesilapanku. Selalunya masa silam yang pahitlah yang terkesan di hati ini. Daripada kesedihan dan kepahitan yang ku lalui itulah aku cuba bangun. Kehidupan ini sebenarnya rumit. Pernah aku merasakan satu kepahitan yang tidak pernah terduga dan terasa. Sejak daripada itu aku cuba berubah dan baiki jalan-jalan hidupku. Aku takkan pernah memadamkan kepahitan itu daripada memori, kerana ia amat berguna.
Kadangkala aku cuba menduga diriku sendiri, "adakah aku ini insan yang pentingkan diri sendiri? Adakah aku ini insan yang sering melukakan hati insan lain? Adakah segala2nya salahku?". Semakin waktu berlalu, baru aku sedar siapa diriku yang sebenarnya. Aku banyak melakukan kesilapan. Baru kini aku mengerti apa itu erti persahabatan sejati, apa itu erti kajayaan dan kegembiraan. Walau apapun, yang pasti aku tahu sesuatu yang.........
semakin waktu berlalu, semakin misteri hidup ini bagiku,
semakin waktu berlalu, aku tak sabar2 meneroka alam baru,
semakin waktu berlalu, aku merasakan satu keluhan berat daripada diriku, yang aku sendiri tidak pasti apakah ia sebenarnya........................
1 comment:
salam..
afiqahhhhhhhhh..
ni kita la..
athirah sobri..
wah-wah,
da maju la dia ni sekarang..
heh?
x bagitaw kita pun..uisshh
Post a Comment