Thursday, May 7, 2009

Kecantikan itu.......

14/1/2008
08.57 p.m.
Bilik study blok D,
Asrama Puteri S.A.M Bandar Baru Salak Tinggi,
Sepang, Selangor Darul Ehsan.

Hidup ini sungguh misteri. Alam dan kehidupan ini sukar untuk ditafsir.

Manusia menterjemahkan suatu kecantikan berdasarkan perspektif mereka. Menurut fakta, ukuran untuk luas adalah sentimeter persegi, manakala bagi gelombang adalah 'Hertz'. Tiada ukuran khusus untuk kecantikan. Bak kata pepatah Inggeris, "Beauty is in the eyes of the beholder". Makna cantik itu amat mendalam dan sukar diterjemah. Ada manusia mengatakan pemandangan senja di tepi laut itu indah. Apabila ditanya, "kenapa? Entahlah sebab cantik". Aku cuba mencari-cari makna tersirat disebalik keperbezaan penilaian seorang insan. Akhirnya aku sedar bahawa perspektif seseorang itu adalah berbeza.

Begitu juga dengan haiwan. Sesetengah pakar motivasi percayahaiwan yang diminati seseorang menunjukkan keperibadiannya. Aku sendiri meminati burung. Kenapa burung? Sebab burung itu bebas merantau ke mana saja dan bisa terbang tinggi. Dia boleh melihat kehidupan dan alam ini secara total 'live' dari udara. Ruang angkasa yang lapang , burung bebas terbang mengikut rentaknya. Kicauannya yang merdu membuatkan aku tidak jemu menadahkan telinga.

Aku juga suka menikmati langit malam. Terutamanya malam yang cerah dipenuhi bintang-bintang. Aku selalu menyamakannya dengan kain baldu hitam ditaburi batu permata putih yang berkilauan. Kadang-kadang aku selalu membayangkan diriku berada di sebuah padang rumpur yang luas. Disitu aku akan berbaring menghadap ke langit. Aku mengimpikan langit malam yang indah. Indah menurut perspektifku adalah tiada mendung kelabu di langit. Hitam merupakan warna hitam yang asli dan sejati, kemudian ia ditaburi dengan berjuta-juta bintang yang bergemerlapan. Aurora menambahkan seri malam impianku.

Namun, bagiku antara bulan ataupun bintang, aku lebih menyukai bintang. Sebab bintang berkerlipan. Bintang juga memancarkan cahaya miliknya. Bulan pula indah pada mata, namun disebalik angkasa, bulan dipenuhi kawah-kawah hasil tindakan meteorit. Bulan juga meminjam cahaya daripada matahari.

Hidup ini terlalu misteri dan manusia masih banyak perlu belajar dan teroka alam ini.
Tetapi sayang, manusia sombong. Mereka tidak mahu belajar dan ambil pengajaran dari alam. Sebelum minda terbuka, tangan terlebih dahulu menghancurkan...............

1 comment:

Dr. A said...

salam..lama kita xsembang panjang
i dont know that u've blog..
best la..
afiqah speaking dlm blog dy..
boleh kita belajar..
sory out of topic coz blog awk xde cbox..
btw..kita suka fikiran awk..
awk xmatang diluar..[sory jgan marah]
tp pemikiran awk jauh..
awk sedarkan kita..
kita semakin keanak-anakan..
sentiasa mengikut rasa hati..
mungkin sbab kita da lama xkuar rumah..
kurang pergaulan..
banyakmemikirkan kelemahan kekuranga diri dan org sekeliling..
ya manusia tu sombong..
bukan dengan alam shaja
malah sesama manusia..
kita rindu nak sembang ngan awk..
awk amik f6 rite?
kat mana?
hope awk terus usaha..
roza amik farmasi kat kolej kpj,ptaling jaya..
cemburu ngan rezki org lain
menyempitkan lg pemikiran kita..
rasa hidup tersangkut..
kekurangan dan xcuba baiki diri..
ur blog very nice..
keep it up..