| 
 Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini   yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena   perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang   terlibat dalam bidang fotografi.
 
 Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum   warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang   mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.     Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki   dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun   terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah   komunikasi dan rezeki.         Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang   mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan   masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita   cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.         Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap   optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep   resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat   Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
 Waktu Zuhur     Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan   kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada   waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan   sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan   keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya   berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut   dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit   perut ceria tak ?
 Waktu Asar     Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar   di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,   uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.   Rahsia warna oren ialah kreativiti.   Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di   waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan   jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ   reproduktif kita
 Waktu Maghrib
 Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini   kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.   Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis   (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga   kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya   berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak   interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata   kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi   otot, saraf dan tulang.
 Waktu Isyak     Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya   memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia   ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka   yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.   Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur   delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
 Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan   warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan   frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh   sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil   Qiamullail.
 Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia   kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah   faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,   qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke   sistem tubuh.
 
 Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah   di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita   memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya   menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas   sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya   ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang   amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas   taichinya .
 
 
 wallahua'alam.....
 
 ** Walau apapun semua rahmat yang dikurniakan adalah dengan keizinanNYA. Oleh itu, janganlah solat awal sebab hanya nak menyerap tenaga2 cahaya ini. Niatlah semata-mata untuk DIA, bersyukur atas segala nikmat.
 | 
 
2 comments:
assalamualaikum wbt..
afiqah,thanks 4 this infrmtion..
bru tau skarang...
thanks ya...
ok...kiter sama2lah kongsi ilmu yg dah tahu
Post a Comment