Saturday, May 29, 2010

Pujuk rayu jemari..




Bila sudah lama tidak menulis...Rasa tidak selesa..
Rasa tidak lengkap..
Rasa tidak senang duduk..
melihat entri terbaru rakan-rakan..
Cemburu dan Teringin..
Lantas jari jemari ini merayu..
supaya menulis dan terus menulis..
bergerak, menyisip, menyusur segala peluang yang ada walaupun sedikit cuma..
Lantas jua.....
Ku salin lagi sebuah puisi indah..
karangan Dr. Siti Zainon Ismail..




KABUS

Kau litupi wajah pagi
angin menolak selimut tebal
aku meraba
ke tepi tabir itu
dendam apalah
menerjang
ke sulur rasa
dihujani darah panas

Kala kekasih menggoda
Bahasa cintanya amat putih
yang melonglaikan liuk pandang
menikam
ke jantung ratna
dewi berkelubung cindai
belajar menguak kabus
menjuraikan embun rindu

Bukakanlah,
selimut tebal-Mu yang hangat
segala rahsia terpendam
ia yang lelah mencari
telah pun menemukan pijar mentari
bicara asli

Dalam kabus-Mu
tersebar harum jagung bakar
yang menggiurkan kuda-kuda gunung
seperti aku
yang telah menyentuh
belaian anggun-Mu

Mac 1982


3 comments:

arifah sentra said...

salam.....fiqa.....haha
ap la...mmg dh suke menulis tuh ckp jela..hehe.
baru bace skali penulisan awk..ok la..hehe

Unknown said...

di mana dapat puisi ni afiqah?

saya peminat bonda Siti!

AfiqahRazak said...

x ingat la...
yg pasti dia ade dlm sebuah buku kompilasi pelbagai sajak tp berlainan penulis..
x silap tu buku lame, dlam tahun 80-an..