Sunday, October 24, 2010

Sudah habis [3]


Walaupun penghujungnya tidak selari dengan apa yang diharapkan dihati, aku ingin mengucapkan tahniah kepada Novelis Thriller No. 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid kerana telah berjaya menghasilkan sebuah novel yang penuh debaran bersatu pula dengan gaya penceritaan yang teliti. Nyata keputusan novelis ini untuk menyambung 'riwayat' Laksamana Sunan dalam novel seterusnya selepas HIJAB SANG PENCINTA adalah tepat. Aku hanya mampu berdebar dari awal pembacaan hingga ke akhir muka surat. Bunyinya lucukan? Tapi itulah, The Power of Words. Berikut merupakan sinopsis cerita,

"Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menemukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya telah lenyap dan ditawan penjajah yang ditakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna...bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi."


Cinta Sufi merupakan rentetan cerita daripada Trilogi Bagaikan Puteri, makanya jadilah novel Tetralogi Bagaikan Puteri. Sebenarnya aku sudah memiliki buku ini lama, namun baru kali ini tergerak untuk membaca berikutan 'kecewa' dengan pengakhiran Hijab Sang Pencinta. Aku selalu mengharapkan pengakhiran buat si hero bahagia (pada pandangan manusia biasa), namun penulis nampaknya bertegas untuk menjadikan bahagia bagi si Sunan adalah ketika menghadap Allah. Satu cerita yang lain daripada yang lain. Itu adalah rahsianya mengapa aku jatuh hati dengan karya-karya Ramlee Awang Murshid.

Disebabkan ceritanya lain daripada yang lain, maka ilmu yang aku dapat juga berbeza dengan membaca novel percintaan biasa, contohnya pasal bangsa polip yang hidup sebelum bangsa manusia diciptakan (Nabi Adam), keajaiban bentuk ciptaan Allah melalui ilmu Pyrocosmic dan lain-lain.

Buat Encik Ramlee Awang Murshid, teruskan usaha menulis anda. Semoga Allah sentiasa memberkati hasil penulisan anda!

AKASIA- CHINTA


Tidak selalu menontonnya (AKASIA-CHINTA). Hanya sekadar luahan dan pandangan peribadi. Disebabkan cuti agak panjang dan kurang pula aktiviti di rumah, jadi aku punya masa berlebihan untuk menonton rancangan-rancangan televisyen, sampai kadang-kadang rasa terpaksa menonton sebabnya kebosanan.

Pada hematku, selaku rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang hidup di dalam lingkungan budaya ketimuran, drama Akasia- Chinta amat tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Dan aku mempunyai alasan dan pandangan ku sendiri. Bukan disebabkan faktor pelakon, pengarah mahupun krew-krew penerbitan. Tidak melibatkan sama sekali faktor-faktor emosional.

1. Ada babak yang kurang sesuai untuk ditonton, terutamanya golongan kanak-kanak, dan kadang-kadang mereka bertanya dan mempersoalkan. Contohnya, babak yang mana Chinta menjalinkan hubungan sulit dengan ramai lelaki (pengambaraan secara keseluruhannya dilakukan di dalam bilik). Ini agak memalukan selaku orang Islam dan orang yang berasal dari timur.

2. Adegan ganas, ketika lelaki-lelaki itu berebutkan chinta yang melibatkan pistol, pergaduhan belasah-membelasa, pembunuhan, bunuh diri dan sebagainya.

3. Dialog, "...suka hati Ilah nak tidur dengan sesiapa yang I suka selagi I belum jadi isteri you..."

4. Dialog, " Chinta sembahyang atau tak sama sahaja.." (menyesali takdir)

Dan sebagainya..apatah lagi drama tersebut ditayangkan pada waktu petang, ketika ahli keluarga berkumpul di rumah. Jadi bolehlah dikatakan di sini drama ini tidak mampu dan tidak sesuai menjadi drama yang dapat membangunkan jiwa dan peradaban yang baik.

Tidak dinafikan setiap cerita pasti ada pengajaran, dan aku sendiri mengakuinya, yang drama Akasia-Chinta punya pengajaran tersendiri. Namun, berapa orangkah yang akan berfikir dan mengambil pengajaran?

Wednesday, October 20, 2010


KADANG-KADANG KEREHATAN YANG PANJANG
BOLEH MEMBUATKAN MINDANYA MENJADI BEKU DAN BEJAT
BADANNYA MENJADI LEMAH DAN TIDAK BERMAYA..

Wednesday, October 13, 2010

Alhamdulillah..seronoknya tengok STUDENTPOWERPROJECT berjaya di UIA...
(my next campus)...:-)

Monday, October 11, 2010

Emmm...seronoknya!


Emm..seronoknya dapat baca buku ini. Pertama, dapat banyak resepi baru. Kedua, selain resepi-resepi yang diberikan, jalan cerita juga tidak menghampakan kerana aku dapat banyak ilmu-ilmu keusahawanan. Sangat informatif. Tak sabar rasanya nak cuba resepi baru..!

Sunday, October 10, 2010

Sudah habis [2]



Mencatatkan sejarah Kerajaan Islam Sepanyol sejak di awal pembukaannya oleh Tariq bin Ziyad dari Dinasti Muawiyah merentasi tiga tampuk pimpinan iaitu zaman pemerintahan gabenor, zaman pemerintahan khalifah dan zaman pemerintahan wilayah.

Antara yang menarik perhatian,

"Orang-orang Kristian dan Yahudi Sepanyol amat kagum dengan kemajuan orang-orang Arab ketika itu. Oleh itu, mereka turut meniru setiap apa yang dibawa oleh orang Islam. Mereka merasa megah jika dapat bertutur dalam bahasa Arab. Sekolah-sekolah mereka mengajarkan mata pelajaran bahasa Arab. Pakaian Arab juga menjadi kemegahan dan simbol kemajuan."


"Gereja-gereja Kristian tidak diambil alih oleh orang Islam kecuali jika orang-orang Kristian sepakat untuk menjualkannya kepada orang Islam. Ada berita yang menunjukkan gereja telah dijual kepada orang Islam dengan harga yang mahal. Tidak ada satupun laporan sejarah menunjukkan orang Islam meruntuh atau mengambil alih gereja secara paksa."


"Begitu banyak perutusan diplomatik dan wakil pendidikan yang diterima oleh beliau. Antaranya ialah perutusan dari raja Inggeris yang memohon Abdul Rahman III membenarkan empat orang rakyat England belajar di perpustakaan Cordoba. Perutusan raja England itu diakhiri dengan kata-kata raja England : ' Dari pembantumu yang sentiasa mentaati, raja England.' "


Kesimpulan secara kasar yang dibuat peribadi ialah asas kekuatan umat Islam adalah iman dan kesatuan. Pemimpin ialah elemen penting dalam sesebuah pentadbiran. Sekiranya pemimpin itu sendiri tidak berjati teguh dan mudah dibeli musuh, maka senanglah sesebuah negara itu tumbang walaupun memiliki pahlawan yang gagah berani. Lalai dengan kemewahan, hiburan, pangkat dan harta juga merupakan faktor yang tidak boleh dipandang remeh.

Saturday, October 9, 2010

HISTORY IS ABOUT TO REPEAT ITSELF - george santayana



SEJARAH MEMBUKTIKAN
BILANGAN TENTERA YANG RAMAI BUKAN PENENTU KEJAYAAN
PERALATAN PERANG YANG CANGGIH JUGA BUKAN MENJAMIN PENAKLUKAN YANG BERPANJANGAN


JIKA IANYA TIDAK BENAR

"MENGAPA BUMI PALESTIN MASIH BERTAHAN HINGGA HARI INI?"

"MENGAPA TIDAK HABIS ANAK CUCU SHEIKH AHMAD YASSIN?"

"BUKANKAH ISRAEL PUNYA ALATAN PERANG YANG GAH HASIL SUMBANGAN A.S.?"
JADI....

"TANYAKANLAH APA KEKUATAN MEREKA..."

"MESKIPUN DITINDAS.."

"MAKA ENGKAU AKAN MELIHAT MUTIARA DALAM DIRI SETIAP MEREKA...."

ADALAH MUTIARA JIHAD......

p/s : Hari ini di astro awani melaporkan seorang remaja palestin telah dilanggar dengan ganasnya oleh seorang yahudi dengan menggunakan kereta ketika beliau sedang cuba melontar batu ke arah kereta milik yahudi tersebut. mujur tak meninggal .....tetapi cedera parah

Tuesday, October 5, 2010


Penilaian Menengah Rendah

Selamat berjuang! terutama Arif bin Abdul Razak....

Habis sudah


Alhamdulillah...
Beberapa hari yang lepas aku telah berjaya menghabiskan novel karangan Fatimah Syarha yang bertajuk, "Tautan Hati". Masa yang diambil adalah dua hari.

SINOPSIS jalan pendek cerita yang dirumus sendiri

Mengisahkan perjuangan dakwah Asiah Yusra dan rakan-rakannya dari Sekolah Menengah Taman Islam di alam universiti.

PANDANGAN DAN PENGAJARAN CERITA

Pada aku, ini adalah sebuah novel yang mendidik dan memberi kesedaran akan kepentingan psikologi dalam berdakwah, sifat mujahadah dan istiqamah dalam dakwah islamiyyah. Berjuang dalam arena dakwah bukanlah satu pekerjaan yang senang, malah lebih sukar daripada pekerjaan-pekerjaan lain dalam dunia. Ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dan tidak berbayar malah kadang-kadang terluka. Bayarannya hanya Allah yang mampu membalasnya.

p/s : masih belum mampu sampai ke tahap ini

Monday, October 4, 2010

Ke bulan? satu penipuan fakta atau realiti?



Aku pernah mendengar suatu masa yang tidak berapa lama dari sekarang ura-ura yang mengatakan bahawa tidak ada satu orang pun yang pernah sampai ke bulan, termasuklah tokoh USA yang terkenal, Neil Armstrong. Betulkah?Aku juga pernah menonton sebuah video daripada Youtube berkenaan manusia yang turun ke bulan hanyalah rekaan dan pengambaran yang dilakukan hanya di dalam studio. Boleh percaya ke?



Baru-baru ini, aku menonton History Channel di saluran 555 (Astro) dan topik pada ketika
itu bertajuk "THE UNIVERSE". Agak menarik. Dan aku mendapat sesuatu yang belum pernah
aku tahu selama ini.

Yang pertama, untuk terapung di udara atau dengan kata lain berada di zero gravity, seseorang itu tidak perlu sampai hingga ke angkasa atau menghabiskan berjuta-juta dollar untuk melancong ke angkasa lepas, sebaliknya apa yang perlu dilakukan hanyalah menaiki sebuah pesawat khas ZERO-G, untuk merasai pengalaman itu.


Yang kedua, bagaimana ia boleh berlaku?
Untuk merealisasikannya, ZERO-G akan melakukan beberapa siri penerbangan parabola, yang berbentuk seperti ini, (sampel)

pada ketinggian beratus ribu kaki di lapisan stratosfera (if i'm not mistaken) . ZERO-G akan naik menegak sehingga mencapai 45 darjah dan ketika itu penumpang akan merasakan berat badan mereka bertambah. Keapungan akan dicapai apabila pesawat tersebut turun menjunam
dan hasilnya adalah seperti ini,

Jika difikirkan secara logik, pihak NASA sendiri boleh melakukan penipuan ini tanpa perlu melepasi angkasa lepas (sekiranya fakta ini betul). Quite confusing indeed..



Ada sesiapa mahu cuba?

p/s : tiba-tiba hati teringin tanya Sheikh Muszaphar, betul ke dah sampai angkasa?