Sunday, October 24, 2010

AKASIA- CHINTA


Tidak selalu menontonnya (AKASIA-CHINTA). Hanya sekadar luahan dan pandangan peribadi. Disebabkan cuti agak panjang dan kurang pula aktiviti di rumah, jadi aku punya masa berlebihan untuk menonton rancangan-rancangan televisyen, sampai kadang-kadang rasa terpaksa menonton sebabnya kebosanan.

Pada hematku, selaku rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang hidup di dalam lingkungan budaya ketimuran, drama Akasia- Chinta amat tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Dan aku mempunyai alasan dan pandangan ku sendiri. Bukan disebabkan faktor pelakon, pengarah mahupun krew-krew penerbitan. Tidak melibatkan sama sekali faktor-faktor emosional.

1. Ada babak yang kurang sesuai untuk ditonton, terutamanya golongan kanak-kanak, dan kadang-kadang mereka bertanya dan mempersoalkan. Contohnya, babak yang mana Chinta menjalinkan hubungan sulit dengan ramai lelaki (pengambaraan secara keseluruhannya dilakukan di dalam bilik). Ini agak memalukan selaku orang Islam dan orang yang berasal dari timur.

2. Adegan ganas, ketika lelaki-lelaki itu berebutkan chinta yang melibatkan pistol, pergaduhan belasah-membelasa, pembunuhan, bunuh diri dan sebagainya.

3. Dialog, "...suka hati Ilah nak tidur dengan sesiapa yang I suka selagi I belum jadi isteri you..."

4. Dialog, " Chinta sembahyang atau tak sama sahaja.." (menyesali takdir)

Dan sebagainya..apatah lagi drama tersebut ditayangkan pada waktu petang, ketika ahli keluarga berkumpul di rumah. Jadi bolehlah dikatakan di sini drama ini tidak mampu dan tidak sesuai menjadi drama yang dapat membangunkan jiwa dan peradaban yang baik.

Tidak dinafikan setiap cerita pasti ada pengajaran, dan aku sendiri mengakuinya, yang drama Akasia-Chinta punya pengajaran tersendiri. Namun, berapa orangkah yang akan berfikir dan mengambil pengajaran?

1 comment:

pu3 nonsense said...

setuju bangat.. agak keterlaluan cite nie... gud job miss lawyer...