Sunday, March 16, 2014

Setahun sudah berlalu


seperti cahaya pagi yang menberi harapan 

Pernahkan kalian berasa untuk pergi ke suatu tempat yang jauh buat seketika?

Jauh daripada insan-insan yang dekat dengan kita pada tika ini?

Jauh ke tempat yang mana tiada siapa tahu nama kita?

It's like living a new life right?

Tapi, kita takkan boleh lari dari kenyataan. Harus berdepan dengan realiti.

Setahun sudah berlalu. Rasanya banyak 'penemuan'ku tentang diri sendiri. Aku pernah tulis di sini dahulu, bahawa keliru dengan diri sendiri adalah yang terburuk bukan?

Alhamdulillah, simpulan kekeliruan itu satu persatu terungkai, ibarat tali yang diikat mati akhirnya terlerai bebas. Walaupun bukan sepenuhnya, I manage to see some light at the end of the dark road.

Proses pendewasaan mungkin?

Menjadi matang dan dewasa tidak datang dengan jalan yang senang dan lurus. Ianya ibarat jalan yang berliku dan pada setiap persimpangan cabarannya berbeza, dan penyelesaiaannya mungkin berbeza.

Boleh jadi pendewasaan berkembang dengan sesuatu peristiwa, muhasabah, dan juga 'kesakitan'.

Aku belum matang sepenuhnya. Mungkin. Tetapi ada sesuatu yang menolak dari dalam diri untuk berubah menjadi lebih baik.

Within a year, I've been to Cambodia and Indonesia for Humanitarian Mission. I made a lot of mistakes and I feel miserable. But I won't give up. I want to rise above slowly. I have the confident inside saying that I will be a successful person one day ( of course not in term of academic excellency)

Aku juga semakin jelas apa mahuku. Apa kelemahannku. Apa yang perlu dibantu pada diri sendiri.

Aku mahu membantu diriku sendiri!

I just don't want to be like this forever ( I know what it's mean).


Semoga Allah redha.


Yeahhh...I want to rise above! (well thats me, haha)



No comments: