Wednesday, February 16, 2011

Baca lagi!

Nak baca lagi! Nak baca lagi!!
Ramlee Awang Murshid memang best..
Beliau lari jauh-jauh daripada novel cinta melayu tipikal.
KELUAR DARI KEBIASAAN!!

abah pun suka RAM!

Tuesday, February 15, 2011

KEMM1511


Alhamdullillah.

Beberapa minggu yang lepas berpeluang mengikuti program ini walaupun kena pergi sendiri sebab kawan-kawan semuanya sudah balik rumah bercuti. Tinggallah aku seorang.


Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan

"He who is Lord of Malacca, has his hand on the throat of Venice"
Barangsiapa yang menguasai Kota Melaka, maka dia menguasai Venice
- Duarte Barbosa


8.30 a.m-10.00a.m.
Pembentangan 1 : "Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka"
oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Yusuf B Hashim
Naib Cancelor Kolej Universiti Islam Melaka

10.15 a.m-11.45a.m
Pembentangan 2 : "Kejatuhan Melaka Satu Tragedi kepada Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam"
oleh YBhg. Dato' Dr. Hassan Ahmad
Mantan Pengarah DBP

11.45 a.m-1.00p.m
Pembentangan 3 : "Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam"
oleh Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni
Naib Presiden ISMA

2.30 p.m-4.30 p.m
Forum: "Kejatuhan Melaka Dalam Tahun 1511 Sebagai Pelajaran Penting Kepada Bangsa Melayu-Islam Hari ini"

Pengerusi : Y.Bhg Haji Aminuddin Yahaya
Setiausaha Agung ISMA
Panel 1 : Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden ISMA
Panel 2 : Y.Bhg Prof. Datuk Dr Abdul Latif B Abu Bakar
Ketua II GAPENA
Panel 3 : Y.Bhg Dr Muhammad Razak B Idris
Presiden ABIM
Panel 4 : Y.Bhg Dato' Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman
Mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat


Pada pendapatku, sesi yang paling panas sekali adalah sesi soal jawab antara
peserta-pembentang dan peserta-panel forum. Berbagai-bagai soalan yang dilontarkan daripada soalan bertahap sederhana sehinggalah kepada soalan bertahap ekstrim. Memandangkan program telah berlangsung beberapa minggu yang lepas, jadi aku tidak dapat mengingati sebahagian besar soalan-soalan panas tersebut, antaranya,

1. Mengapa tidak perpaduan melayu-islam dipupuk melalui sukan bolasepak negara?
(persoalan yang bermain di mindaku, apa sukan bola sepak negara sudah cukup islamik dan bersedia memikul tanggungjawab ini? )

2. Raja Melayu merupakan pemimpin umat melayu dan umat islam di Malaysia. Mengapa kebanyakan raja-raja Melayu dihantar belajar ke negara-negara barat?

3. Apakah sistem meritokrasi akan menghapuskan hak ketuanan melayu?

4. Kenapa Malaysia tidak menggunakan sistem mata wang dinar?

Dan banyak lagi. Satu pengalaman dan pengajaran baru buatku. Hidup ini kalau tidak dipenuhi dengan menuntut ilmu, maknanya kita sia-siakan nikmat yang Allah bagi. Dengan ilmu tersebut kita boleh berbakti kepada orang lain.Dan dengan bakti tersebut, moga-moga ia menjadi satu tanda kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa.

Saturday, February 12, 2011

Islamic History Forum2


Alhamdulillah.

Keinginan itu masih kuat.

Rezeki peluang dan ruang makin melebar.

Segala puji buat Tuhan semesta alam yang menganugerahi aku kecenderungan ini.

"THE LOST KINGDOM"
Date : 11 February 2011
Time : 9 p.m.-11 p.m.
Venue : Main Auditorium, IIUM Gombak
Speakers : Assoc. Proff. Muhammad Zainiy Bin Uthman
: Dr. Omar H. AlTalib

* brought to you by Al Aqsa Friend Society

"The Lost Kingdom" adalah istilah yang tepat ditujukan kepada sebuah tamadun gemilang yang telah hilang di
Semenanjung Iberia. Satu-satunya tamadun Islam yang bertapak pusat pemerintahannya di Eropah setelah keruntuhan Dinasti Bani Umayyah di Timur Tengah. Andalusia atau nama modennya Sepanyol, suatu ketika dahulu menjadi subjek kedengkian negara-negara bukan Islam di sekitarnya.

Harumnya mewangi menarik para pencari ilmu di seluruh dunia untuk datang ke Andalusia yang ketika itu mengalami perkembangan ilmu yang pesat. Andalusia telah melahirkan ramai para ulama' yang mempunyai bidang kepakaran masing-masing yang mana aktiviti keilmuan sangat kuat didokong kerajaan berasaskan sistem kekhalifahan.

Masyarakat Andalusia dikatakan mempunyai ciri yang unik dalam kehidupan seharian mereka. Walaupun sebahagian besar daripada penduduknya beragama Islam, namun tradisi lama sebelum kedatangan Islam ke semenajung itu masih dikekalkan. Contohnya, berlainan dengan budaya negara-negara Arab, jenazah umat Islam pada waktu itu diletakkan di dalam keranda dan kemudian ditanam.Selain daripada itu, mereka juga menikmati hidangan di atas meja atau Maaidah, tidak seperti negara-negara Arab yang lain yang ketika itu menjamu selera di atas lantai. Mereka juga suka dengan wangi-wangian. Ciri geografi dan iklim Andalusia yang unik menjadikannya kaya dengan pelbagai jenis herba, ubat dan pewangi. Dicatatkan bahawa, wangian-wangian ini banyak dijual di pasar-pasar mereka. Terdapat juga Hamaam, tempat mandi awam. Tidak seperti zaman sekarang yang mempunyai bilik air bagi setiap rumah, masyarakat Andalusia melakukan hal-hal kebersihan diri di tempat mandi awam. Hal ini terbukti melancarkan lagi pengairan dan sistem kebersihan negara kerana mereka tidak perlu kepada pembinaan longkang-longkang yang banyak sebagaimana yang berlaku di Malaysia hari ini.


Saintis pada zaman itu juga telah berjaya mencipta satu sistem yang mempunyai aplikasi yang sama seperti air conditioner tetapi dengan cara yang lebih mesra alam bagi memudahkan para jemaah di masjid dapat beribadah dengan selesa. Alangkah bagus sekiranya umat Islam zaman sekarang mempelajari sejarah dengan baik dan mencontohi sistem yang diamalkan, bukan sekadar copy and paste daripada Barat.

Kegiatan penterjemahan juga giat dijalankan. Banyak buku-buku hasil tulisan sarjana luar negara dibawa masuk oleh kerajaan untuk dilakukan 'pembedahan' isinya terutama karya dari Greek. Lebih mengagumkan adalah dari segi keterbukaan fikiran dan lapang dada umat Islam ketika itu yang tidak takut untuk membaca pelbagai jenis bacaan walaupun bahan tersebut mungkin mempunyai prinsip yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Malah, kerajaan khalifah tidak melarang kemasukan buku-buku tersebut. Apa yang mereka percaya adalah biar seseorang individu itu membuat penilaian tentang mana yang baik dan buruk. Sekiranya difikirkan dengan logik akal, keberanian mendalami pelbagai cabang pemikiran sebenarnya memberi nilai tambah dalam menangkis serangan pemikiran luar yang bermaksud untuk menyeleweng akidah umat Islam.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kemakmuran dan kemasyuran Tamadun Andalusia adalah sistem politik yang adil dan saksama. Sewaktu di awal pembukaan tamadun baru Andalusia, golongan minoriti yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin berbangsa Arab (the Moorish) menghormati hak-hak kaum majoriti iaitu Hispanian people .

KEJATUHAN

- Perjanjian Granada (Raja Ferdinand dan Ratu Isabella adalah antara orang yang bertanggungjawab atas keruntuhan Andalusia)
  • 1492 : Penyatuan spiritual oleh Roman Catholicism
  • Morisco- Kristian baru daripada bangsa Moor/ penduduk Islam yang mengamalkan ajaran Islam secara rahsia
  • 1502 : Umat Islam Sepanyol dipaksa menukar agama atau diseksa dengan seksaan yang mengerikan.

- Antara perkara yang diharamkan
  • Bahasa Arab
  • Pemakaian henna pada rambut dan tangan oleh wanita Muslim
  • Pintu rumah wajib dibuka ketika perayaan Holyday dan pesta-pesta kristian yang lain.

SEKARANG

- Terdapat beberapa usaha penuliasan sejarah Andalusia, antaranya buku "Mahometanism Fully Explained" hasil karya J Morgan

- (if i'm not mistaken) Buku tersebut ditulis berdasarkan manuskrip Ahmad Ramadan yang diperolehi pada tahun 1719

-Ditulis dalam bahasa sepanyol dengan abjad arab = jamiado (sekiranya di Malaysia ada jawi, maka mereka juga ada jamiado)

- Kini disimpan di Perpustakaan Umum Amsterdam

"WE USED TO TALK ABOUT THE PAST (OUR HISTORY), BUT WHAT WE DO TO PLAN FOR OUR BETTER FUTURE?"


* satu persoalan yang kuat bermain diminda adalah berkaitan dengan isu pembakaran kapal perang tentera Islam yang dilakukan oleh panglima perang mereka iaitu Tariq bin Ziyad. Ada penulis buku yang mengiktiraf peristiwa tersebut merupakan sebahagian daripada rentetan sejarah, manakala ada penulis yang mendakwa bahawa isu pembakaran kapal tidak wujud sama sekali kerana ia adalah propaganda barat. Kalau diikutkan logik akal, bila ditulis Tariq bin Ziyad bakar kapal perang untuk menaikkan semangat tentera Islam untuk bertempur dengan bala tentera Raja Roderick, sudah tentu pembaca akan menganggap yang kemenangan mereka adalah disebabkan kapal yang terbakar bukan kerana semangat jihad. Mana satu yang betul??

Tuesday, February 1, 2011

Isu Interlok- sekadar pendapat peribadi-


Tertarik dengan dua petikan akhbar beberapa hari yang lepas, di bawah tajuk,

Jangan 'tertinggal' fakta : Dr Mahathir

"Kuala Lumpur- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta masyarakat supaya tidak terlalu ghairah untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum negara ini sehingga hilang pelajaran yang boleh diperoleh daripada sejarah sebenar negara."

"Sekarang kita dengar pendapat bahawa dalam menulis sejarah negara kita sensitiviti semua kaum mesti diambil kira."

"Soalnya, setakat manakah sensitiviti boleh menidakkan kebenaran sejarah? Jika ia keterlaluan, maka sejarah yang akan dipelajari oleh penuntut kita akan menjadi cerita dongeng bukan sejarah,"

Perkasa setuju Interlok dimurnikan
"Shah Alam - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) bersetuju satu jawatankuasa bebas dilantik bagi menkaji dan mencadangkan pembetulan fakta berhubung kes Interlok edisi murid (2010) berikutan pindaan kepada bahagian yang dianggap sensitif bagi masyarakat India."

"Saya percaya jawatankuasa khas itu nanti akan bersikap profesional dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memurnikan Interlok edisi murid daripada segala kesalahan fakta dan perkara yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, " katanya (Dr Krishanan Maniam-UM)

Sumber : sinarharian SABTU 29 JANUARI 2011 (N9 dan N11)

Aku bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir. Sejauh mana sensitiviti kaum yang mesti kita jaga? . Rasanya dalam soal pembelajaran terutamanya sejarah, soal sensitiviti perlu diketepikan supaya keterbukaan dan pengajaran daripada peristiwa lepas dapat dipelajari dengan baik.

Isu untuk memurnikan Interlok pula, tidakkah penulisnya akan berasa hati apabila karyanya ingin dipinda? Entahlah.

Friday, January 28, 2011

Islamic History Forum


Sepatutnya semalam aku ada kelas tambahan bahasa arab.

Tetapi malangnya, sir tak dapat datang. Katanya dia ada program. Tak apalah. aku dan rakan-rakan memanggilnya Sir Bado. Bado Abdul Nassir. If I'm not mistaken. Dia pelajar UIA jugak. Senior. Dan datang dari Burkina Faso.

Maka kelas pun batal. Aku, Aini, Mira dan kak Farah pun bercadang nak pergi satu forum yang bertempat di Main Auditorium. Program ini di bawah seliaan Al Aqsa Friend Society. Tajuknya,"Episode 1 : Turkish Islamic Civilisation"

Penyampainya adalah Prof. Ataullah Kopanski dan Dr. Saim Kayadibi. Kedua-duanya pensyarah di UIA. Prof. Ataullah Kopanski, pensyarah di Kuliyyah of Human Sciences(history) dan merupakan seorang Poland. Manakala Dr. Saim Kayadibi seorang pensyarah di Kuliyyah of Economics and Management Sciences dan berasal dari Turki. Mereka adalah orang yang hebat. Aku mengakuinya. Perasaan ketika itu, rasa excited sangat. Sebab sejarah adalah keghairahan dan ketagihanku. Audiens banyak pelajar luar negara. Pelajar Malaysia taklah ramai sangat. Isshh...malu pula.

Sebagaimana yang kita semua tahu, Turki atau dikenali sebagai Anatolia di dalam sejarah, telah membentuk sebuah tamadun Islam yang sangat berkuasa dan terkenal terutamanya ketika empayar Uthmaniah. Ketika itu, Turkilah cahaya Islam yang terang.

Sebelum forum bermula, kami audiens-audiens telah disajikan dengan sebuah slide show tentang Turki (budaya, geografi) secara ringkas. Setelah itu, forum pun bermula.

Banyak perkara baru yang aku dapat. Yang menarik perhatian sekali adalah isu asal-usul bangsa Turki. Sumber terawal daripada orang Muslim telah mengaitkan bangsa Turki dengan anak lelaki Nabi Nuh A.S., Japheth. Sejarah juga membuktikan bahawa keislaman Turki bukan satu paksaan daripada bangsa Arab, kerana banyak nilai-nilai yang ada dalam Islam bersesuaian dengan budaya Turki.

Bangsa Turki juga tersebar dimana-mana. Bukan sahaja ada di Anatolia, bahkan di China dan Eropah. Sebagai contoh di China, salah satu etnik yang beragama Islam dan berasal daripada bangsa Turki adalah etnik Uyghur.

Seperkara lagi, baru aku tahu yang empayar Seljuk(1140-1157) adalah sebuah empayar yang berasal daripada orang Turki yang ketika itu telah berlaku pertembungan empayar tersebut dengan empayar Byzantine.

Sejarah mencatatkan bahawa, orang-orang Turki pernah membantu orang-orang Arab menentang China. Orang Arab ketika itu menganggap orang Turki sebagai bangsa pahlawan. Kerjasama antara dua bangsa itu dapat dilihat dalam Pertarungan Talas (751 AD).

Sepanjang forum berjalan, perbincangan yang dibincangkan lebih menjurus kepada asal-usul bangsa dan negara Turki dan waktu kegemilangan mereka iaitu empayar Uthmaniah.

Sehinggalah datang seorang pelajar asing. Tak silap dari Banglade
sh. Dia menanyakan tentang sejarah yang berlaku selepas kegemilangan empayar Uthmaniah (pemerintahan kuku besi Mustafa Kamal Ataturk). Ternyata, Dr. Saim Kayadibi dan juga pelajar-pelajar Turki yang hadir malam itu tidak menyukai soalan tersebut kerana ianya berkisar 'Bapa Pemodenan Turki'. Malah mereka tidak akan menyebut namanya sekalipun. Dr. Saim Kayadibi merujuk Kamal Ataturk sebagai 'he'. Betapa generasi baru Turki yang lebih Islamik tidak suka menyentuh isu Kamal Ataturk. Pada pandanganku, pasti kekejaman yang dilakukan oleh Ataturk (Bapa Pemodenan Turki) sangat kejam sehingga rakyat membenci dia.

Forum tamat sekitar jam 11.30 malam.

Prof. Dr. Ataullah Kopanski

Persembahan di akhir program, nasyid+dikir barat

Hidup Baru




Rasanya sudah hampir 2 bulan aku berada di Gombak (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).

Lifestyle pun dah banyak berubah.

Makan pun kurang.

Hari-hari berjalan jauh (so-called).

Baru UIA.

Belum UM lagi.

Masa satu hari rasa sekejap amat.

Study kena lagi hard. Bukan lagi macam CFS.

Kalau nak balik rumah, dah tak macam dulu. Mama dan abah ambil. Sounds gedik dan mengada-ngada. What to do. They insist to. Sekarang dah boleh balik sendiri. Dah besar (so-called).

Duduk dekat UIA Gombak ni, lama-lama pun tak kisah. Rasa bahagia pulak. Kalau masa duduk dekat CFS PJ dan Nilai, seboleh-bolehnya nak balik cepat.

Lepas cuti seminggu ni, ada lima kertas lagi nak habiskan. Cuti mid-sem dah jadi study week pulak.

-wish me all the best-

Monday, January 24, 2011

Indah


Aku sukakan alam semulajadi.

Kerana rasa indah dan takjub itu selalu memenuhi ruang hati pada saat memandangnya.

Karna itu aku ingin melukisnya.

Tapi aku tiada bakat melukis.

Justeru itu, aku berazam pula untuk menjadi pengkaji alam semulajadi.

Sekali lagi, bukan rezekiku. Jurusan yang diambil sekarang jauh tersasar apa yang pernah diimpikan. Tuhan maha mengetahui.

Sekarang ini,
aku hanya ingin menjadi pemuji kepada pemilik segala keindahan.
SubhanAllah!