Saturday, October 15, 2011

solitude



Banyak benda yang aku nak tulis dalam blog ni. Tetapi aku tidak mampu lagi untuk menyusun baris ayat buat masa sekarang. Fikiran serabut. Kadangkala dan mungkin setiap masa, aku tercari-cari identiti dan prinsip diri. Dan kadang-kadang aku tak tahu apa tujuan aku melakukan sesuatu perkara. Dan mungkin ada rasa kekosongan yang menyisip masuk dalam jiwa. Maybe I'm growing up. Learn new things. Get in and mix up to the new flavour and colours of life. There are 2 things :



1. Sometimes its good enough to have a little time with myself. Be alone. Only me. Think. And find peace.



2. Almost all the time I don't realise what I am capable of. The potential inside. I know what I want in my life but I forgot to find my strength.

Tuesday, August 9, 2011

KL : Kenangan Lalu

Sedar tak sedar, sebenarnya aku dah lama tak menulis. 5 minggu. Satu tempoh yang agak panjang. Lebih dari sebulan.

Emmm..kadang-kadang sebab masalah membebani pundak dan kepala kita rasa penat.

Tidakkah begitu?

Cuti yang terlebih ni banyak yang aku belajar. Tapi aku tidak mahu menceritakannya sekarang. Biar tunggu cuti habis dahulu.

............................

Beberapa minggu yang lepas, aku dan keluargaku pergi menziarahi rumah lama di Ampang. Suasana banyak beerubah. Sibuk. Kawasan tersebut bertambah membangun berbanding sewaktu aku kecil dahulu.

Setiap tempat yang kami lalu, pasti ada kenangannya.

Mama teringat sebuah kedai ayam yang menawarkan ayam segar dimana ayam yang dipilih pelanggan akan disembelih sekiranya diminta.

Arif pulak teringat kawan masa kecilnya dulu, kokoyi, (sebutan dalam bahasa pelat dia masa kecik).

Aku?

Teringat zaman persekolahan di SK Taman Muda. Setiap kali ke Ampang, kami pasti melaluinya.
Teringat jugak kat abang Cina sebelah rumah. Masa kecik-kecik kami adik-beradik suka borak dengan dia. Berbekalkan rak kasut, kami adik-beradik panjat kemudian berboraklah dengan abang tu. Abang tu masa aku kecil suka tarik tangan aku. Aku tak mengerti. Apapun Alhamdulillah Allah masih melindungiku dari mara bahaya sehingga sekarang. Tapi tak tahu lagi abang Cina tu ada lagi ke tak. Dah kahwin kot.
Masa kecil dulu, abah suka bawak kami adik beradik naik motor makan roti canai waktu hujung minggu. Seronok. tapi sekarang dah besar gedabak segan nak naik motor dengan abah. Lesen motor pun takde. Tu la dulu berlagak tak nak ambil lesen motor, sekarang dah kempunan teringin nak naik motor. Tapi aku tak naklah bawak. Kena tunggu Mr. Right datang meminang. Boleh bawa aku jalan-jalan. Tak dapat motor, naik kuda pun jadilah(emm ni dah macam zaman silam ni ish,ish,ish)

Abah pula cakap,
"Kawasan ni takkan membangun macam ni kalau tak ada orang cina.."

Aku
"erk?" betul juga kata-kata abah.

Kalau nak tahu maklumat lebih lanjut, kunjungi MPH Bookstore dan beli buku CINA : Penakluk Bisnes Lautan Pasifik karangan Sterling Seagrave.

Friday, July 1, 2011

Aku juga suka


Alhamdulillah.

Baru selesai menonton episod kemuncak Imam Muda siri 2.

Imam Muda Hassan adalah juara untuk musim ini.:-)

Tapi,

bak kata sang juara, juara atau tak itu semua hanya angka.

Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan sesetengah pihak yang menganggap rancangan ini hanya (macam mana nak tulis ni) untuk menunjuk akan kehebatan diri.

Bagi saya rancangan ini bagus sebab ia menyediakan alternatif rancangan Islam.

Lebih baik tengok Imam Muda daripada tengok Mari Menari ataupun Akademi Fantasia yang terkinja-kinja tu.

Kalaulah tak ada rancangan ini, apa yang masyarakat kita akan menonton?

Tak payah menonton? Payah.

'Bro, ini zaman teknologilah. Tolong jangan jadi kuno'

Mungkin, kalau saya akan tengok drama. Kadang-kadang rasa membazir tengok drama. Dahlah tak 'real', lepas tu kalau sedih mengalir air mata. Kalau marah habis semua kerut, mencarut terkeluar. Tak ke dah tambah dosa dan usia wajah?

Membazir emosi saja.

Pernah abah tegur, "kakak tengok apa tu?"

Padahal dia tahu yang saya menonton drama. Maksudnya abah, apa faedah yang ada kat drama tu. kesoronokan? Mungkin. Uhh..semata-mata.

Dalam rancangan ini, para imam dapat belajar banyak perkara dan aspek yang kita orang Islam terlepas pandang,

- ikhlas
- bersedia untuk mengajar, belajar dan diajar
- Menyebarkan ilmu dan dakwah melalui media massa
- bergerak seiring dengan kemodenan yang dibenarkan syara' dll.

Kalaulah orang Islam asyik takut riya' atau tak ikhlas bila masuk kaca televisyen, alamatnya sampai bila kita nak kuat, maju dan membangun? Dari sini kita kena belajar membina jati diri yang teguh.

Mereka yang hebat-hebat ini semua bermula daripada didikan ibu bapa yang baik.
Ayuh, bina baitul muslim!


Wednesday, June 29, 2011

dialog (kepada ibu)


I
tenteramlah anak
walaupun kebanjiran sawah kita
hujan ini dari Tuhan
yang mencurah-curah rahmatNya
ada siang masakan tiada terang
dengarlah
sikatak sudah tiada memanggil lagi
besok hari panas
padi kita akan lepas!

II
Tidurlah ibu
kita manusia kerdil
siang membanting tulang
malam menanggung bimbang

ada besok maka pasti ada surya
aku akan pergi
dengan seribu Jebat si anak tani
kian lama kita mati dalam setia
kali ini kita hidup dalam durhaka!

sumber : Kassim Ahmad, Mencari Jalan Pulang daripada sosialisme kepada Islam
-kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah dan sedang menipu diri sendiri-

Saturday, June 18, 2011

Let's aware!

Differences between Kosher and Halal

There are many misconceptions about Kosher and Halal, even among Jews andMuslims. Worldwide, many Kosher producers think that Muslims accept Kosher as meeting Halal standards and requirements.

Even Muslims, too, accepted Kosher because they believed that Kosher slaughtering ritual (Shechita) was similar to that of Islamic ritual of slaughtering (Dhabh).

As Muslims become more aware, they are more informed about the differences between Kosher and Halal and are now less receptive of Kosher as Halal substitute.

The following are some examples of the differences:

In Dhabh, the name of Allah has to be invoked individually on each animal to be slaughtered as follows:“Bismillah, Allahu Akbar” (In the name of Allah; Allah is the Greatest)

However, in Shechita, it is sufficient to recite the name of God or grace once for the day for all slaughters.

Jewish Bible

In Kosher slaughtering, the Sochet (Jewish slaughterman) must perform the slaughter in a single, swift, uninterrupted sweep. In Islamic slaughter, the process must be carried in a single swift sweep by a sane Muslim man or woman. However, if he/she were to raise his/her hand before the Dhabh is completed and immediately returns to the process, it would still render the Halal meat.

Islam considers the entire cattle or sheep as Halal if duly slaughtered but Jews use only the fore-quarter as Kosher and consider the hind-quarter as non-Kosher.

Kosher red wine

Meat of rabbit, shell fish, wild hens, goose, and duck are considered permissible in the eyes of the Islamic Law but they are prohibited in Kashrut.

Islam prohibits all intoxicating alcohols, liquors, wines, and drugs. However, Kashrut considers all wines Kosher.

Mixing dairy and meat is prohibited in kosher foods, but is not an issue in halal.

Gelatin is considered Kosher (regardless of its origin, even from non-Kosher animals). If the Gelatin is of non-Halal (e.g. swine) origin, then Muslims consider it as Haram.

In cheese making, the end-product is regarded as Haram if enzymes from non-Halal sources are utilised. According to Kashrut, enzymes are considered mere secretion and all cheeses are Kosher, irrespective of the sources of the enzymes, even though they may be from non-Kosher animals.

Kosher and halal foods are similar: Both prohibit the use of pork, pork products and blood in food

Sunday, June 12, 2011

My craving...satisfied!





Ok. Setelah bersusah payah mem'posing'kan buku terbaruku, akhirnya jadilah gambar ini.
Rasa macam entah apa-apa.Hu3.


Buku ni memang sangat unik. Dua novel yang aku rasa memang kisah hidup Andrea Hirata, didesignkan masing-masing terbalik tetapi tetap bercantum, bertepatan dengan karya dwiloginya.

Orang yang lalu didepan kedai tempatku bekerja mungkin akan fikir aku gila. Mana taknya, kalau orang tu nampak dari sisi yang terbalik, tak ke haru? Tiba-tiba rasa macam gigihnya aku. 'gedebussh' for myself.


Emmm...
buat peminat tetralogi Lasykar Pelangi, bacalah karya terbaru Andrea Hirata iaitu dwilogi Padang Bulan. Buat kawan-kawan yang belum baca, aku sarankan..bacalah. Maka dalam karya-karya Andrea kamu akan menemukan orang-orang hebat yang ada dalam dunia ini. Kisah hebat yang tidak terakam media dan sejarah. Kisah orang susah yang menggapai impian dan cita-cita dan ianya ternyata berbeza. You better grab it.

Berbalik kepada pokok perbincangan utama, iaitu mengenai dwilogi Padang Bulan.

Dwilogi ini lanjutan daripada kisah perhubungan antara penulis dengan perempuan Tionghoa yang dicintainya, A Ling, persahabatan yang dijalin dengan Enong, perempuan pendulang timah pertama dikampungnya serta dunia catur dari sisi pemain catur realistik.
Bagi kawan-kawan yang sudah menghabiskan tetralogi Lasykar Pelangi, kamu tentu ingat karya terakhir Lasykar Pelangi, Maryamah Karpov kan?

Dwilogi Padang Bulan akan menyingkap siapa dia Maryamah Karpov.

Siapakah Enong pada Maryamah Karpov?

Apa pula hubungan antara Maryamah Karpov dengan Anatoly Karpov, Grand Master catur dunia?

Siapa yang minat, belilah cepat-cepat!

Oh, Guminavo Zao Diaou..Andrea Hirata!