KEMALABahawa cinta itu kasihku.
Bahawa cinta itu kasihku adalah diriku ini
bagian yang penuh dalam suatu piala
suatu hari pada tautan subuh, pagi, senja dan malam
segalanya terkumpul dalam suatu kata suci : ibadah!
kuhidup bukan atas kefahaman semua manusia
hidupku seperti alun dan pengembaraan puisiku
Daun-daun hujung tahun berguguran dari pohon tuanya
tamsil yang membeliti duka dan ria masa lalu
ia adalah kehidupan itu, hidup nestapa dan gembira,
bukan ucap selamat untuknya, ucap selamat
adalah buat alam dan Tuhan,
darinyalah selama kita hirup madu keindahan dan
lazatnya atma percintaan
Bahawa cinta itu kasihku terkumpul dalam meditasi
ialah yang menemukan kita,
pernahkah kau meramalkannya?
kuasa ajaib itulah yang tidak tertewaskan oleh
tidakan manusia dan mesin ,
kita adalah diri dan peribadi
untuk inilah untuk cinta kita hidup dan meramahinya
dan berlalu atas kuasa dan iradah cinta-NYA
Entah kenapa rasa nak tulis sajak ni dalam blog. Semalam, masa aku kemas meja belajar, tiba-tiba ternampak sehelai kertas kuning bersaiz A4. Di atasnya tercatat empat buah sajak, yang mana rupa-rupanya aku yang tulis. Bukan aku yang karang ye...sekadar copy daripada buku sajak kepunyaan sahabatku ketika sekolah menengah.
Aku ini... suka juga baca sajak. Walaupun tidak selalu. Walaupun tidak mengerti dan memahami apa yang sebetulnya ingin disampaikan oleh penyajak. Sekadar buat andaian sendiri..hu3.
Sebabnya bahasa yang digunakan sangat indah dan mendalam. Tambah lagi, sajak yang di karang oleh penyajak, punya persamaan dengan diri dan hidupku.
Aku tidak pandai meluahkan rasa hati dengan bait-bait kata yang indah. Hanya bait-bait yang biasa sahaja. Apa yang aku mampu hanya membaca, mengerti, dan memahami!
(p/s: kalau ada yang ingin berkongsi pandangan tentang sajak ini, bolehla komen..sekadar ingin mengetahui pendapat orang lain..boleh berkongsi pandangan dan meluaskan ilmu pengetahuan..)