Showing posts with label just pour out my heart... Show all posts
Showing posts with label just pour out my heart... Show all posts

Monday, November 22, 2010

Nasyid : Perlukan sedikit pengubahsuaian dan idea baru.

Perjalanan yang panjang ke Ipoh semalam, hanya semata-mata untuk menghadiri kenduri kahwin, benar-benar memenatkan. Dan sepanjang perjalanan itu jugalah ada sahaja jari-jari yang gatal, berebut-rebut untuk menekan punat radio kegemaran masing-masing.

"Mama, tekan 5(Hits)"
"Nak 6(Era)"
"Ishh, entah apa-apa lagu. Mama buka IKIM"

Kesudahnya berebut dan berkelahi dalam kereta.
Namun, siapa yang menang akhir sekali? Tentulah budak yang punya pengaruh kuat ke atas mama, SI BONGSU.
Apa pilihan si bongsu? Jangan disangka si bongsu hanya budak kecil yang menyanyi Twinkle Twinkle Little Star tetapi si bongsu zaman alaf baru sudah pandai mendengar radio ERA.
Terpaksalah kami semua dengar radio ERA dek tidak tertahan rengekan si bongsu.

Namun begitu, bukan radio ERA yang ingin ku coretkan tetapi hal perihal Maher Zain. Apa yang menarik di sepanjang perjalanan yang diiringi alunan muzik radio ERA itu, aku begitu terkejut, teruja dan kagum kerana sepanjang satu hari sudah beberapa kali lagu-lagu Maher Zain dimainkan. Ini membuktikan alunan nasyid Maher Zain diterima baik bukan sahaja di siaran radio keagamaan tetapi di radio-radio seperti ERA dan H ot f.m. . Pada hematku, kebanyakan lagu-lagu nasyid di Malaysia mempunyai rentak yang lebih kurang sama dan penciptaannya perlu diberikan sedikit sentuhan 'segar' .

Lain pula halnya dengan lagu berunsur keagamaan di Indonesia. Bagiku alunan muzik dari Indonesia sentiasa menarik perhatian terutama lagu-lagu Opick. Lagu-lagunya yang begitu 'segar' dan diberi sentuhan bernada lembut dan 'romantis' sangat menenangkan jiwa si pendengar.

Aku bukanlah pendengar radio yang tegar. Walau apapun, tahniah kepada Maher Zain dan diharapkan terus istiqamah dalam memberi nafas baru kepada industri nasyid.

p/s : lagu Inggeris : kebanyakannya daripada Lady Gaga, Eminem, dan Rihanna terdapat unsur- unsur kesyaitanan
lagu melayu : Hilangnya banyak keindahan dalam lagu dan sesetengahnya menggunakan bahasa yang kasar.

Ada orang kata keindahan berbahasa tidak penting sebaliknya cara kita mendekati
pembaca itu lebih penting, kalau begitu bukankah al-Quran diturunkan dengan
bahasa yang sangat indah dan tinggi? Mengapa tidak kita menggunakan bahasa yang
baik dan sopan?

Tuesday, November 2, 2010

Percaturan Politik : Kadang-kadang membingungkan, Kadang-kadang menjengkelkan!

Kadang-kadang kita berasa takut dengan keadaan politik di Malaysia. Kenapa? Yang pertama, pembinaan Menara Warisan yang dirasakan tidak ada keperluan yang mendesak. Kedua, rancangan kerajaan untuk memperkembangkan lagi hub hiburan di Malaysia dengan alasan untuk menjana pendapatan negara sekaligus melonggarkan syarat kemasukan artis-artis antarabangsa ke Malaysia. Pertambahan hub hiburan sudah tentu akan menambahkan lagi masalah sosial terutama masalah pembuangan bayi.

Dan kadang-kadang hati berasa jelik dengan sesetengah stesen televisyen yang terlalu mengagung-agungkan sesebuah parti tanpa berlaku adil kepada parti yang lain terutama menjelang pilihanraya. Tindakan memburuk-burukkan parti lain tanpa meminta penjelasan parti yang diburuk-burukkan itu sudah tentu menggambarkan betapa tidak demokrasinya Malaysia dalam hal ehwal politik.

Tiba-tiba rasa khuatir, takut 'lepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut naga'!

Wednesday, August 4, 2010

AKU INGIN BAHAGIA

Tahukah kamu apa yang aku fikirkan ketika ini?

Sebagaimana kamu, aku juga ingin bahagia...

Ya, berbahagia dengan apa yang aku fikirkan pada saat ini dan terus berfikiran seperti ini..

Pernahkah kamu dengar akan kata petua orang tua?

"Rasa makanan yang kamu makan mencerminkan emosi dan perasaan tukang masak ketika memasak.."

Aku sendiri pernah mengalaminya..

Entah benar atau tidak,

Mungkin ada juga benarnya..

Air yang ku bancuh tawar,

Barangkali kerana hatiku 'tawar' ketika itu,

Aku juga tidak tahu....

Betapa hidup ini penuh dengan andaian dan sangkaan..

Apapun kebenarannya,

Aku harus belajar menafsir keadaan untuk memperbaiki diri sendiri,

Aku tahu dan aku sedar bahawa setiap apapun yang kulakukan..

Perlu dilakukan dengan gembira, ikhlas dan sabar..

Apakah kamu bersetuju dengan ku?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah mengalaminya..

Aku banyak berfikir tentangnya,

Adakah aku perlu cemburu?

Cemburu kerana mereka buat yang lebih baik berbandingku?

Aku tidak sepatutnya merasa cemburu..

Ini adalah satu motivasi..

barangkali juga pembakar semangat...

Dan juga peringatan agar aku melakukan yang terbaik daripada sebelum ini...

Satu perkara yang aku sedar tentang cemburu ini adalah...

betapa hidup aku tidak bahagia dengan adanya cemburu di hati..

Aku perlu berlumba dengan diri sendiri...

Kadang-kadang aku terfikir sistem yang menggalakkan persaingan seperti ini..

adakah mungkin penyebab kepada kematian yang disebabkan oleh tekanan perasaan..

Yang pasti..

Aku juga tidak tahu dan tidak dapat menjawab soalan itu

Perkara seperti ini membuatkan aku memesongkan niat menuntut ilmu..

Dan aku tersasar..dengan adanya rasa cemburu di hati..

Betapa berat dan rasa terpaksanya, apabila belajar untuk berada di hadapan..

Untuk nilai satu huruf 'A'.

Atau mungkin juga untuk nilai beberapa angka CGPA 4.00..

Kadang-kadang rasa diri sendiri bodoh...

Kerana maruah ilmu ku hanya terletak pada huruf dan angka-angka itu..

Tujuannya hanya di situ..

AKU BENAR-BENAR TERINDOKTRINASI OLEH SISTEM

Sistem zaman moden yang dikatakan 'canggih'..

Sekali lagi..

Ingin kuungkapkan bahawa,

AKU INGIN BAHAGIA PADA SEGENAP JIWA DAN RAGA, DUNIA DAN AKHIRAT..

BAHAGIA PADA JALAN YANG DI GARISKANNYA..

Aku membulatkan tekadku pada hari ini untuk:

1. Apa jua perkara baik yang kulakukan, samada besar mahupun kecil kesannya pada keadaan sekeliling, aku akan lakukannya dengan bersungguh-sungguh.

2. Aku ingin rasa bahagia itu terbit apabila aku melakukan sesuatu kerja. Tiada rasa terpaksa mahupun terkilan.

3. Aku akan cuba membebaskan diriku daripada belenggu sistem persaingan yang 'membunuh'.

4. Aku ingin menuntut ilmu dalam keadaan hati yang tenang dan bersih tanpa sebarang keperluan yang mendesak. Dan ini adalah harapan dan impianku.

INSYA-ALLAH,
AKU INGIN BAHAGIA

Tuesday, May 25, 2010

Sibuk tapi rindu

Sangat merindui 'blogging'......
Tidak punya banyak masa kerana sedang menyibukkan diri untuk minggu Ta'aruf....

miss u VOYAGER..

Thursday, May 13, 2010

'Ilham' hari ini..hu3

~kadang-kadang kebosanan juga boleh 'membunuh'~

Monday, May 10, 2010

BAHAWA CINTA ITU KASIHKU


KEMALA
Bahawa cinta itu kasihku.

Bahawa cinta itu kasihku adalah diriku ini
bagian yang penuh dalam suatu piala
suatu hari pada tautan subuh, pagi, senja dan malam
segalanya terkumpul dalam suatu kata suci : ibadah!
kuhidup bukan atas kefahaman semua manusia
hidupku seperti alun dan pengembaraan puisiku

Daun-daun hujung tahun berguguran dari pohon tuanya
tamsil yang membeliti duka dan ria masa lalu
ia adalah kehidupan itu, hidup nestapa dan gembira,
bukan ucap selamat untuknya, ucap selamat
adalah buat alam dan Tuhan,
darinyalah selama kita hirup madu keindahan dan
lazatnya atma percintaan

Bahawa cinta itu kasihku terkumpul dalam meditasi
ialah yang menemukan kita,
pernahkah kau meramalkannya?
kuasa ajaib itulah yang tidak tertewaskan oleh
tidakan manusia dan mesin ,
kita adalah diri dan peribadi
untuk inilah untuk cinta kita hidup dan meramahinya
dan berlalu atas kuasa dan iradah cinta-NYA

Entah kenapa rasa nak tulis sajak ni dalam blog. Semalam, masa aku kemas meja belajar, tiba-tiba ternampak sehelai kertas kuning bersaiz A4. Di atasnya tercatat empat buah sajak, yang mana rupa-rupanya aku yang tulis. Bukan aku yang karang ye...sekadar copy daripada buku sajak kepunyaan sahabatku ketika sekolah menengah.

Aku ini... suka juga baca sajak. Walaupun tidak selalu. Walaupun tidak mengerti dan memahami apa yang sebetulnya ingin disampaikan oleh penyajak. Sekadar buat andaian sendiri..hu3.
Sebabnya bahasa yang digunakan sangat indah dan mendalam. Tambah lagi, sajak yang di karang oleh penyajak, punya persamaan dengan diri dan hidupku.

Aku tidak pandai meluahkan rasa hati dengan bait-bait kata yang indah. Hanya bait-bait yang biasa sahaja. Apa yang aku mampu hanya membaca, mengerti, dan memahami!

(p/s: kalau ada yang ingin berkongsi pandangan tentang sajak ini, bolehla komen..sekadar ingin mengetahui pendapat orang lain..boleh berkongsi pandangan dan meluaskan ilmu pengetahuan..)

Saturday, May 1, 2010

hmmm..

1. Getting tired with myself.....
hard to change myself...
Sorry....
to all people i hurt..

2. Getting eager with my new hobbies..
still learning...
when it comes with enthusiasm..
I can do its!!

3. Getting inpatient with all the books i have bought.....
to be read by its owner.....

.........................(speechless)..................................




Wednesday, May 13, 2009

TanggaL 11 Mei 2009

Tipah dan sakinah dah masuk KUIS,
Mardhiah pun sama,
On call.. kak iera 25 haribulan ni,
Farzana dan aqilah pulak masuk matriks

Aku??
beginilah aku masih dalam keadaan menunggu-nunggu, still waiting for my second application UPU, and still confusing in making choices. Even tawaran yang dapat tak banyak pun. I got offer to continue my study in lower six for stpm at S.M.K Putrajaya Presint 8 (1) and i go there. I've interested in making stpm. But i don't know wether to go UPU or continue my form six even UPU result still not announce. Just this condition complicated me and waiting for some thing is such tortured myself. Entahlah...Najwa pun sekarang kat S.M.K BBST, making her stpm (God willing).

If i get foundation studies, God willing i'll go there.
but if get diploma, maybe i'll continue my stpm. Kalau boleh nak tau keputusan rayuan esok and then aku boleh decide , barulah hati tenang.

Another problem is my mother.
Mak kalau boleh nak aku masuk universiti (asasi).
Mak pun tak kisah kalau aku nak masuk tingkatan enam. Just she sometimes (i think) don't like i'm schooling there.I understand she worried if i cannot control myself, involving something not good and also worried for my safety.But, please being supportive, and trust me. Entahlah.. bila dah besar ni aku tak suka dipandang rendah dan tak suka orang ragu2 terhadap diriku, i mean they must trust me, selagi benda tu tak salah dari sisi agama Islam.

My second problem is,
I have stand pat to take History package. There are 2 packages offered for stpm in the school.

package A- history (consist of)-general paper, malay language, business studies, and of course history.
package B- economy (consist of)- general paper, malay language, business studies/art, and economy/computing.

my mom said "history, history again why don't you choose something more challenge like economy. what use of history? the career skop?"
This situation made me complicated. i don't want it be worst.Sampai satu tahap mak cakap pakej sejarah tu kiranya kelas yang paling low even i got 6A's and something2 (well zaman sekarang ni orang dah tak pandang dah 6a, nothing should be proud of) Uhh....I do love history.

actually i'm offered science course but i don't want it. i rejected earlier, because i know and i realise now what is my quality and my limits. Besides i'm weak in calculating, i mean calculating is not my gradient. tu pun mak suruh ambil sebab peluang kerja banyak. antara minat dengan peluang kerja?
i don't know your opinion but for me, interest should comes first, when it comes everything run smoothly.

"If there's a will, there's a way"

To me word 'will' means strong desire and full of interest..

Just now i think my mom quite regret of me. what should i do?

-------------------------------------(the end of the first story)--------------------

Cerita kedua ni pula pasal sekolah baru.

SMK PUTRAJAYA PRESINT 8(1), PUTRAJAYA

my background is from islamic school from form 1 until form 5. Suddenly i got this school . the enviroment is very different. i think i almost got fever schooling here, maybe i got culture shock.

Apapun apa yang aku sedar, masa sekolah lama dulu i don't need to rack my brain thinking how should i adapt and handle this situation, but now i have to. entahla........aku slalu risau dengan keadaan sekeliling. bila dah concern dgn situasi ni brulah aku nak cari balik kekuatan yg perlu ada untuk menempuhi semua ni, walaupun sebelum ini kekuatan itu aku ambil sambil lewa sebelum ni. dan kekuatan ini adalah iman.

dan bila dah berhadapan dgn situasi ni, aku jadi kangen dgn sambbst.

apapun form 6 kat sini ok je.
malam dah tua dah. mungkin aku patut tidur. esok nak pergi sekolah, menempuhi hari2 yang menggetirkan...(buat kawan2 doakan diri ini supaya kuat jati diri).