Showing posts with label just wondering. Show all posts
Showing posts with label just wondering. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

LAW

When we have a conversation with our friends, family, relatives or lecturers about law most of us will think about :

1.The court










2. The statute












3. The lawyers











4. The punishment










And many more. This is our community stigma. I bet all of us have the thinking stigma even me when i was a little girl. However, at this time i realise one thing. Law isn't evolve around the court, the statute, and even among the community of lawyers and judges.

Law in our daily life can be practiced by obeying the law.

It is okay. That is a way to practice law in your life.

As we all know, in court, there is a judge or there are judges hearing the case trial. How the judge or judges decide the case?

By hearing both sides story, the defendant and the appellant. Thus, the judge can make fair judgment.

The same goes to us. Our daily life.

For example, when we are in the middle of dispute parties, we have to hear from each sides. The judgment should never be one-sided. In reality, especially in political matters, it is unethical to judge someone from which party he or she is, if A in that party, he or she is a bad person, while, if B in this party he or she is a good person.

Unfair.

The ability to be moderate in choosing for something and not to go for the extreme part would enable us to think maturely. But this article does not intended only for political judgment or view. It can be applied when we are in the state of choosing the best for our life.

Was our beloved prophet Muhammad taught us this 1400 years ago?

JUDGE FOR THE BEST AND FAIR FOR YOUR LIFE.....:-)

"LAW ISN'T JUST BLACK AND WHITE, IT'S GREY "

Wednesday, August 4, 2010

AKU INGIN BAHAGIA

Tahukah kamu apa yang aku fikirkan ketika ini?

Sebagaimana kamu, aku juga ingin bahagia...

Ya, berbahagia dengan apa yang aku fikirkan pada saat ini dan terus berfikiran seperti ini..

Pernahkah kamu dengar akan kata petua orang tua?

"Rasa makanan yang kamu makan mencerminkan emosi dan perasaan tukang masak ketika memasak.."

Aku sendiri pernah mengalaminya..

Entah benar atau tidak,

Mungkin ada juga benarnya..

Air yang ku bancuh tawar,

Barangkali kerana hatiku 'tawar' ketika itu,

Aku juga tidak tahu....

Betapa hidup ini penuh dengan andaian dan sangkaan..

Apapun kebenarannya,

Aku harus belajar menafsir keadaan untuk memperbaiki diri sendiri,

Aku tahu dan aku sedar bahawa setiap apapun yang kulakukan..

Perlu dilakukan dengan gembira, ikhlas dan sabar..

Apakah kamu bersetuju dengan ku?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah mengalaminya..

Aku banyak berfikir tentangnya,

Adakah aku perlu cemburu?

Cemburu kerana mereka buat yang lebih baik berbandingku?

Aku tidak sepatutnya merasa cemburu..

Ini adalah satu motivasi..

barangkali juga pembakar semangat...

Dan juga peringatan agar aku melakukan yang terbaik daripada sebelum ini...

Satu perkara yang aku sedar tentang cemburu ini adalah...

betapa hidup aku tidak bahagia dengan adanya cemburu di hati..

Aku perlu berlumba dengan diri sendiri...

Kadang-kadang aku terfikir sistem yang menggalakkan persaingan seperti ini..

adakah mungkin penyebab kepada kematian yang disebabkan oleh tekanan perasaan..

Yang pasti..

Aku juga tidak tahu dan tidak dapat menjawab soalan itu

Perkara seperti ini membuatkan aku memesongkan niat menuntut ilmu..

Dan aku tersasar..dengan adanya rasa cemburu di hati..

Betapa berat dan rasa terpaksanya, apabila belajar untuk berada di hadapan..

Untuk nilai satu huruf 'A'.

Atau mungkin juga untuk nilai beberapa angka CGPA 4.00..

Kadang-kadang rasa diri sendiri bodoh...

Kerana maruah ilmu ku hanya terletak pada huruf dan angka-angka itu..

Tujuannya hanya di situ..

AKU BENAR-BENAR TERINDOKTRINASI OLEH SISTEM

Sistem zaman moden yang dikatakan 'canggih'..

Sekali lagi..

Ingin kuungkapkan bahawa,

AKU INGIN BAHAGIA PADA SEGENAP JIWA DAN RAGA, DUNIA DAN AKHIRAT..

BAHAGIA PADA JALAN YANG DI GARISKANNYA..

Aku membulatkan tekadku pada hari ini untuk:

1. Apa jua perkara baik yang kulakukan, samada besar mahupun kecil kesannya pada keadaan sekeliling, aku akan lakukannya dengan bersungguh-sungguh.

2. Aku ingin rasa bahagia itu terbit apabila aku melakukan sesuatu kerja. Tiada rasa terpaksa mahupun terkilan.

3. Aku akan cuba membebaskan diriku daripada belenggu sistem persaingan yang 'membunuh'.

4. Aku ingin menuntut ilmu dalam keadaan hati yang tenang dan bersih tanpa sebarang keperluan yang mendesak. Dan ini adalah harapan dan impianku.

INSYA-ALLAH,
AKU INGIN BAHAGIA

Saturday, July 17, 2010

Di manakah inti patinya?




[Nilai ilmu bukan terletak pada ketebalan sebuah atau berbuah-buah buku]




Dulu..

Sangkaku,

Apabila aku sudah membaca pelbagai jenis buku,

Aku dapat menambah ilmuku,

Ya, memang benar..

Namun ada perkara yang aku terlepas pandang..

Kerana..

Yang dibaca olehku hanyalah fakta semata-mata,

APA BEZA ANTARA FAKTA DAN ILMU?


Walaupun telah berbagai-bagai buku kubaca,

Tak semua yang dapat kuhadam sepenuhnya,

Kerana...

Ilmu itu adalah sesuatu yang kita faham dan ia meresap ke dalam jiwa..

Itulah ilmu..

[oleh itu, buat diri sendiri, banyakkan pembacaan dan banyakkan pemahaman]

MEMBACA MEMBUATKAN KITA CEPAT
MENULIS MEMBUATKAN KITA TEPAT

InsyaALLAH..

Friday, June 4, 2010

Lumrah kehidupan

~ Allah tidak beri apa yang kita mahu, tetapi Allah beri apa yang kita perlu~

Thursday, May 13, 2010

'Ilham' hari ini..hu3

~kadang-kadang kebosanan juga boleh 'membunuh'~

Monday, May 10, 2010

BAHAWA CINTA ITU KASIHKU


KEMALA
Bahawa cinta itu kasihku.

Bahawa cinta itu kasihku adalah diriku ini
bagian yang penuh dalam suatu piala
suatu hari pada tautan subuh, pagi, senja dan malam
segalanya terkumpul dalam suatu kata suci : ibadah!
kuhidup bukan atas kefahaman semua manusia
hidupku seperti alun dan pengembaraan puisiku

Daun-daun hujung tahun berguguran dari pohon tuanya
tamsil yang membeliti duka dan ria masa lalu
ia adalah kehidupan itu, hidup nestapa dan gembira,
bukan ucap selamat untuknya, ucap selamat
adalah buat alam dan Tuhan,
darinyalah selama kita hirup madu keindahan dan
lazatnya atma percintaan

Bahawa cinta itu kasihku terkumpul dalam meditasi
ialah yang menemukan kita,
pernahkah kau meramalkannya?
kuasa ajaib itulah yang tidak tertewaskan oleh
tidakan manusia dan mesin ,
kita adalah diri dan peribadi
untuk inilah untuk cinta kita hidup dan meramahinya
dan berlalu atas kuasa dan iradah cinta-NYA

Entah kenapa rasa nak tulis sajak ni dalam blog. Semalam, masa aku kemas meja belajar, tiba-tiba ternampak sehelai kertas kuning bersaiz A4. Di atasnya tercatat empat buah sajak, yang mana rupa-rupanya aku yang tulis. Bukan aku yang karang ye...sekadar copy daripada buku sajak kepunyaan sahabatku ketika sekolah menengah.

Aku ini... suka juga baca sajak. Walaupun tidak selalu. Walaupun tidak mengerti dan memahami apa yang sebetulnya ingin disampaikan oleh penyajak. Sekadar buat andaian sendiri..hu3.
Sebabnya bahasa yang digunakan sangat indah dan mendalam. Tambah lagi, sajak yang di karang oleh penyajak, punya persamaan dengan diri dan hidupku.

Aku tidak pandai meluahkan rasa hati dengan bait-bait kata yang indah. Hanya bait-bait yang biasa sahaja. Apa yang aku mampu hanya membaca, mengerti, dan memahami!

(p/s: kalau ada yang ingin berkongsi pandangan tentang sajak ini, bolehla komen..sekadar ingin mengetahui pendapat orang lain..boleh berkongsi pandangan dan meluaskan ilmu pengetahuan..)

Sunday, September 27, 2009

Pemindahan Organ

Assalamualaikum,
(watch this video first and then you may proceed to the article above)
Enjoy it!!






Kata orang....
pesakit yang menerima jantung (terutamanya) atau lain2 organ daripada orang lain berpotensi besar untuk mengalami perasaan atau "inherited" sebahagian sifat orang yang menderma tersebut. Lagi-lagi kalau orang yang menderma organ tersebut telah meninggal dunia.Emmm..

My friend told me that,
Cerita ni berlaku di salah satu negara eropah (i'm not sure the validity of this story).
Salah seorang pesakit telah menerima jantung seekor babi. Selepas pembedahan, pesakit yang menerima jantung tersebut suka bermain di lumpur (seperti yang selalu dilakukan oleh khinzir-khinzir). Yang peliknya pesakit itu sebelum ini seorang yang pembersih. Apakah ianya disebabkan jantung babi yang diterimanya? Apakah kajian saintifik boleh membuktikan kesahihan fenomena ini? Sejauh manakah kebenaran mitos ini??

Only Allah knows best.....