Wednesday, August 4, 2010

AKU INGIN BAHAGIA

Tahukah kamu apa yang aku fikirkan ketika ini?

Sebagaimana kamu, aku juga ingin bahagia...

Ya, berbahagia dengan apa yang aku fikirkan pada saat ini dan terus berfikiran seperti ini..

Pernahkah kamu dengar akan kata petua orang tua?

"Rasa makanan yang kamu makan mencerminkan emosi dan perasaan tukang masak ketika memasak.."

Aku sendiri pernah mengalaminya..

Entah benar atau tidak,

Mungkin ada juga benarnya..

Air yang ku bancuh tawar,

Barangkali kerana hatiku 'tawar' ketika itu,

Aku juga tidak tahu....

Betapa hidup ini penuh dengan andaian dan sangkaan..

Apapun kebenarannya,

Aku harus belajar menafsir keadaan untuk memperbaiki diri sendiri,

Aku tahu dan aku sedar bahawa setiap apapun yang kulakukan..

Perlu dilakukan dengan gembira, ikhlas dan sabar..

Apakah kamu bersetuju dengan ku?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah mengalaminya..

Aku banyak berfikir tentangnya,

Adakah aku perlu cemburu?

Cemburu kerana mereka buat yang lebih baik berbandingku?

Aku tidak sepatutnya merasa cemburu..

Ini adalah satu motivasi..

barangkali juga pembakar semangat...

Dan juga peringatan agar aku melakukan yang terbaik daripada sebelum ini...

Satu perkara yang aku sedar tentang cemburu ini adalah...

betapa hidup aku tidak bahagia dengan adanya cemburu di hati..

Aku perlu berlumba dengan diri sendiri...

Kadang-kadang aku terfikir sistem yang menggalakkan persaingan seperti ini..

adakah mungkin penyebab kepada kematian yang disebabkan oleh tekanan perasaan..

Yang pasti..

Aku juga tidak tahu dan tidak dapat menjawab soalan itu

Perkara seperti ini membuatkan aku memesongkan niat menuntut ilmu..

Dan aku tersasar..dengan adanya rasa cemburu di hati..

Betapa berat dan rasa terpaksanya, apabila belajar untuk berada di hadapan..

Untuk nilai satu huruf 'A'.

Atau mungkin juga untuk nilai beberapa angka CGPA 4.00..

Kadang-kadang rasa diri sendiri bodoh...

Kerana maruah ilmu ku hanya terletak pada huruf dan angka-angka itu..

Tujuannya hanya di situ..

AKU BENAR-BENAR TERINDOKTRINASI OLEH SISTEM

Sistem zaman moden yang dikatakan 'canggih'..

Sekali lagi..

Ingin kuungkapkan bahawa,

AKU INGIN BAHAGIA PADA SEGENAP JIWA DAN RAGA, DUNIA DAN AKHIRAT..

BAHAGIA PADA JALAN YANG DI GARISKANNYA..

Aku membulatkan tekadku pada hari ini untuk:

1. Apa jua perkara baik yang kulakukan, samada besar mahupun kecil kesannya pada keadaan sekeliling, aku akan lakukannya dengan bersungguh-sungguh.

2. Aku ingin rasa bahagia itu terbit apabila aku melakukan sesuatu kerja. Tiada rasa terpaksa mahupun terkilan.

3. Aku akan cuba membebaskan diriku daripada belenggu sistem persaingan yang 'membunuh'.

4. Aku ingin menuntut ilmu dalam keadaan hati yang tenang dan bersih tanpa sebarang keperluan yang mendesak. Dan ini adalah harapan dan impianku.

INSYA-ALLAH,
AKU INGIN BAHAGIA

7 comments:

Saya said...

erk....join PKPIM ke?

Unknown said...

owh..
satu luahan yg agak puitis
dan sayu...
luahan yg memang nmpak lahir dari sanubari..
~aku juga ingin bahagia~

AfiqahRazak said...

-sebagaimana aku, aku tahu kau juga ingin bahagia seperti aku-

AfiqahRazak said...

najwa arifah
yup, i am an official member of PKPIM
:)

Saya said...

ooo...ye ke...
hehe...
but i'm not...

pu3 nonsense said...

walu kte jauh... doa tetap ku layangkan buatmu sahabatku... semoga dikau bahagia kerna kebahagianmu adlh kebhagianku jug... syg awk...

AfiqahRazak said...

kte rindu sgt kat awk n kwn2 kite...:(