Peperiksaan akhir semester telah pun berlalu tiga hari lepas. Sangat lega sebab bahu terasa
 ringan. Dan juga rasa senang hati. Banyak rancangan yang telah kurancang untuk mengisi masa
 lapang di rumah. Bagiku cuti kali ini adalah cuti yang terlama sekali sejak melanjutkan pelajaran
 di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 Antara aktiviti utamaku untuk cuti kali ini, sudah tentu membaca. Aku berazam
 untuk menghabiskan buku-bukuku yang berjumlah lebih daripada sepuluh buah, dan sudah
 tentu ianya belum dibaca. Longgokan buku-buku baruku yang disimpan didalam kotak
 berikutan tabiatku yang suka membeli buku. Pantang nampak buku yang menarik pasti kubeli,
 tanpa mengira status kewangan aku ketika itu. Disebabkan masa yang mengekang, dengan
 kuliah, assignment, usrah, program dan lain-lain lagi menyebabkan aku tidak mempunyai
 banyak masa untuk membaca buku-buku yang telah kubeli, maka terkumpullah ia 
 menjadi satu kotak. Emmm..........satu tabiat yang tidak baik, menurut roomate ku. Namun aku
 tidak rasa begitu sebabnya aku rasa bahagia bila membeli buku dan akan rasa sedikit kecewa
 sekiranya tidak memiliki buku tersebut. Aku yakin aku akan menghabiskannya jua suatu masa
 nanti. Sekarang ini aku sedang menghabiskan novel karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin,
 berjudul "Tautan Hati". InsyaAllah setelah selesai semua buku-buku tersebut, aku bercadang
 untuk membeli buku baru, antaranya (masih dalam perancangan) :
- Manikam Kalbu, Faisal Tehrani
- Ketupat Cinta, Faisal Tehrani
- Padang Bulan, Andrea Hirata
- Cinta di dalam Gelas Kaca, Andrea hirata
- Novel karangan Hilal Asyraf (masih dalam pemilihan judul)
- Novel karangan Hlovate (masih dalam pemilihan judul)
 I Hope all things would run smoothly.
Setiap hari adalah hari yang busy, jadi tiada masa untuk bermalas-malasan!
 
2 comments:
awk...assalamualaikum... ha hlovate beli novel Aa+Bb. kalu x, awak beli 5tahun 5 bulan.. bes... smua best tp nie top best
thanks sebab bg suggestion. sayang awak..:-)
Post a Comment