Thursday, September 30, 2010

Undang-undang sivil

Ada orang pernah tanya,

"Ambil jurusan apa?"

"Law"

"Emm...senanglah, baca aja.."

Aku hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Namun hakikatnya, bukan senang menjadi pelajar jurusan undang-undang sekalipun hanya 'membaca aja'. Ya, memang tidak dapat dinafikan yang kami pelajar jurusan undang-undang perlu banyak membaca, tetapi pembacaan yang dilakukan memerlukan pemahaman dan pena'akulan yang mendalam. Lihat sahaja buku Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu, bahasa yang digunakan agak berat dan pelbagai tafsiran boleh dibuat dalam satu-satu artikel. Jika membaca laporan kes-kes yang telah dibicarakan ada diantaranya yang lebih daripada lima muka surat, depan dan belakang. Belum ditambah lagi bahasa yang digunakan, bukan bahasa ringan yang biasa-biasa. Disebabkan keadaan ini, aku sedar yang aku tidak boleh belajar sambil lewa apatah lagi memandang remeh satu-satu tugasan dan pelajaran.

Kadang-kadang aku tersenyum dan geli hati apabila membaca sesetengah kes dan prinsip yang digunakan dalam undang-undang sivil. Contohnya, didalam kes R v Richardson and Irwin (1999). Diceritakan bahawa, sekumpulan pelajar universiti telah kemabukan dan bertindak secara tidak sedar dengan mencampak seorang daripada rakan mereka daripada balkoni sehingga menyebabkan kecederaan parah. Pertama kali aku membaca kes ini, aku bingung dan geli hati, 'ada ye makhluk macam ini'.

Di dalam undang-undang jenayah yang aku pelajari, salah satu pertahanan atau defence yang boleh melepaskan seseorang itu daripada kesalahan yang dilakukan adalah kemabukan (intoxication). Untuk menentukan tertuduh boleh menggunakan defence ini atau tidak, hakim perlu narrow down jenayah itu samada ianya tergolong daripada basic intent atau specific intent. Ada sesetengah kes melepaskan tertuduh, manakala ada sesetengah yang lain pula menyabitkan kesalahan keatas tertuduh(bergantung kepada hakim dan fakta kes). Nilaian ini dibuat berdasarkan fakta bahawa keadaan si pemabuk yang tidak sedar atas apa yang dilakukannya. Kadang-kadang aku terfikir, 'mengapalah tak diharamkan terus arak dan yang seangkatan dengannya, kan dah senang satu perkara. Tak payah susah-susah fikir ' (selagi mana kemabukan itu terjadi bukan disebabkan involuntary dan bukan atas sebab kesan satu-satu ubat).

Emm.....itu sahajalah coretan untuk hari ini. "Islam itukan syumul?"

3 comments:

Mohammad Nabil Syahmi said...

fuhh,term2 yang digunakan dalam law nampak begitu berat.

fatinsafi said...

congrate dear... awk dh mkin matured.. xsbr nk tgu jumpe peguam afikah... blaja elok2 yer....

AfiqahRazak said...

bukan senang tau, silap ari bulan bole stress...na'uzubillahiminzalik