Thursday, November 17, 2011

Karma

Kerana kebaikanmu,

Aku bertahan dalam amarah


Kerana budimu,

Aku bertahan dengan kesabaran


Kerana kau,

Aku bersyukur dengan kehadiranmu.

Karma.



Benar kata ulama', ketika hati pedih dan terluka, mengingati kebaikan orang yang kerana dia kita terluka ibarat air yang memadamkan api kebakaran. Ia lenyap. Immediately perished.

Done.

Friday, November 11, 2011

Bilik 616

Akhirnya habis juga buku ni. Penat menanti untuk habis. Aku ambil masa seminggu nak khatamkan novel ni. Kalau bukan sebab test yang akan menyusul lepas cuti ini, sehari dua buku ni dah habis.

Aku suka novel ni. Thriller. Ini merupakan karya pertama novelis Zaifuzaman Ahmad yang aku baca. Seronok-teruja-seram. Macam-macam. Bercampur baur. Entahlah.

Novel ini memang buat bulu roma meremang kalau baca tengah-tengah malam. Aku suka garapan penulis. Cara beliau susun cerita menarik. Satu persamaan dengan penulis kegemaranku, Ramlee Awang Murshid adalah kerana novel thriller.

Perbezaannya Zaifuzaman Ahmad banyak mempamerkan elemen mistik yang sukar dirungkai dalam novel ini. Manakala RAM, yang aku perasan beliau memberikan sedikit penjelasan yang agak logik. Contohnya, kemunculan pontianak adalah disebabkan manusia yang memuja syaitan atau iblis kemudian bertukar menjadi pontianak untuk memenuhi permintaan sang iblis durjana untuk mencari darah sebagai pertukaran atas pertolongan yang diberikan.

That's it.

Apapun aku suka cerita dalam novel ini.

p/s: sedang menanti Fiksyen 302 karya RAM.

Tuesday, November 8, 2011

18sx : Kucing dan seksualiti

Siapa ada kucing?

Saya!!!!

I love my cats. They are cute, adorable, wonderful,playful ........etc. Hahahah.
My family and I love cats. We've been living with cats more than 2 years. What else?

Dan sepanjang waktu itu kucing kami bertukar. Yang jadi kittens, growing up become adult cats. Bila sudah besar dah pandai merayau tinggalkan rumah kami. Barangkali cari kehidupan baru. Yang tinggal, beranak pinak menghasilkan generasi baru. Jadinya kucing dekat rumah kami memang 'tak habis'. Nak buang kat pasar tak sampai hati. Mungkin Allah nak suruh kita orang buat pahala banyak-banyak.


Selama hidup dengan haiwan kesayangan Nabi ini, ada beberapa perkara yang saya perasan. Ini adalah satu pemerhatian kami sekeluarga(it might be false). Terimalah dengan hati terbuka dan anggaplah ini sebagai sebuah pengetahuan yang mungkin boleh di rebut.

CERITA 1

Entah kenapa, kucing-kucing yang bersilih ganti datang dalam hidup kami kebanyakan betina. Cerita 1 akan saya ceritakan bagaimana proses awal Kat bunting.

Bibik selalu bising Kat bila dah besar suka keluar rumah, kawan dengan kucing Shah (kucing jantan jiran). Mula-mula Kat dan kucing Shah asyik berkepit. Lepas itu mereka pun bergaduh. Tapi yang peliknya bila dah gaduh kucing Shah tetap suka datang rumah kita orang. Kadang-kadang tunggu depan pintu belakang, seolah-olah nak masuk. Konon-kononnya tu nak jumpa Kat lah.

Kami tak melihat secara langsung pergaduhan Kat dan kucing Shah. Cukuplah dengar bunyi mereka bercakaran membingitkan suasana. Selepas dia orang dah bergaduh, tak pasti berapa lama, Kat masuk rumah. Di mana pun Kat duduk, mesti ada darah. Kami pelik. Amboi tak akan bergaduh sampai keluar darah sebegitu. Selalunya kucing kalau bergaduh cuma ada luka-luka kecil. Tak apalah. Kami pun buat tak kisah. Biasalah tu.

Kejadian kedua lepas Kat 'berdarah-darah' tu, dia asyik muntah. Kat mana-mana dalam rumah, kalau dia rasa nak muntah, dia muntah.

Lepas itu, baru kami sedar yang Kat bunting. Peristiwa 'darah-darah' tu rupanya selaput dara pecah. Muntah pun salah satu tanda kebuntingan. Dan dia makin berisi meskipun makan macam selalu. Tak terlebih dan tak terkurang.

CERITA 2

Belang gelisah. Tak tentu arah jadinya. Ke sana sini sambil mengiau tak tentu pasal. Pantang nampak tempat tersorok sikit mesti nak masuk. Contohnya almari yang terbuka. Situasi begini mencemaskan kami sekeluarga kerana kami tahu yang masanya sudah tiba. Jadi pintu-pintu bilik semuanya kami tutup bagi mengelakkan Belang daripada beranak dalam bilik-bilik tidur kami.
Diletak dalam kotak pun, dia keluar balik. Kembali merayau-rayau sekitar rumah. Disebabkan tiada pilihan kami kurung dia dalam sangkar yang di lapik kain dan menutupnya juga dengan kain. Sebab kucing pun tahu malu bila dia nak beranak. Belang malu kalau orang tengok dia dalam kesakitan untuk melahirkan. Macam manusia. Dan tahukah anda, kucing pun akan pecah air ketubannya di saat hendak melahirkan?

CERITA 3

Alhamdulillah. Belang selamat melahirkan. Pada saat yang pertama dua ekor selamat dilahirkan. Tidak lama selepas itu, lagi seekor lahir. Ketika waktu melahirkan, akan keluar beberapa tompokan darah yang agak besar. Anak-anak kucing actually keluar bersama-sama uri mereka.

Tapi ke mana pergi uri-uri mereka selepas kelahiran?

Sebagaimana yang kita tahu, uri juga sebahagian daripada darah. Darah yang tidak dibersihkan akan mengundang bau busuk dan kehadiran beberapa jenis serangga. Subhanallah Maha Suci Allah, kucing pun tahu bersih. Si ibu akan memakan semula uri anak-anaknya. Dan tahukah anda? Sekiranya si ibu lambat membersihkan darah yang melekat pada tubuh mungil anak-anaknya, anak-anak kucing tersebut boleh mati. Itulah yang terjadi kepada seekor anak Belang. Jadi yang survive dua ekor sahaja sampailah sekarang. Sepasang itu kami namakan Kit dan Kat. Kit Kat.

CERITA 4

Saya dan adik-adik saya suka marah Belang.

"Isshh, Belang ni dengan anak sendiri pun jahat."

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini Belang begitu agresif dengan anak sendiri. Anak-anak belang semakin membesar. Dekat sikit gaduh. Dekat sikit gaduh. Aduh....pening kepala dibuatnya.

Setelah beberapa ketika baru saya perasan, Belang buat macam tu bukan sebab dia jahat dengan anak sendiri tetapi sebab Belang nak anak-anaknya lepaskan 'susu' dia orang. Ohh...begitu caranya....


Konklusi-> Tak sangka ekk, kucing punya sifat biologinya ada sedikit persamaan dengan manusia. Cuma dia orang tak berakal. Itu 'je'. Saya bersyukur dilahirkan sebagai manusia. Jadi kawan2, jadilah 'manusia', kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian. Alhamdulillah.











p/s: Gambar dekat atas ni semuanya gambar Kit Kat. Gambar Belang dengan Kucang (opah kepada Kit Kat) tak ada pun. Malas pula nak ambil gambar baru. Kucing kita orang streotaip. Dari satu generasilah katakan. Hahaha. Kucing-kucing saya suka lepak atas sofa. Kelakarnya.

Saturday, November 5, 2011

Cerita malam semalam

Alkisah hendak dijadikan cerita, malam semalam, hari jumaat konon-konon nak turun tingkat bawah 'study' sambil minum susu (rasa kelakar pulak). Kerusi yang aku duduk kat meja makan pulak kebetulan betul-betul menghadap televisyen. Lepas tu aku cubalah belajar.......belajar, belajar, belajar, pup!. Baru aku tahu yang malam itu ada siaran langsung Anugerah Skrin 2011. Dah tu dok melekat depan tvlah tengok benda tu. Sekali-sekala bila ada iklan cepat-cepat baca nota nak sedapkan hati. Tak naklah tak 'study'..huhuh.


Aku cuma nak komen sikitlah tentang beberapa perkara yang tak kena pada pandangan mataku. Aku....gembira bila ada cerita berunsurkan religi menang. Tapi kenapa ya? Kenapa 'producer' yang naik pentas ketika itu berjabat tangan dengan pengacara majlis. 'Of course' berjabat tangan tak salah. Yang salahnya bila lelaki dan perempuan bukan muhrim bersentuhan kulit secara sengaja. Entahlah. Aku ni pun tak kisah kalau artis atau segala yang berkaitan dengan artis nak pegang-pegang. Sebab secara umumnya, itulah mereka. Dan semua orang pun aku rasa tak kisah. Tapi aku rasa sedikit malu kalau dia adalah 'producer' yang membawa imej Islam pada dirinya dan juga ceritanya. Pengacara lelaki tersebut pun tak tahu nak salam ke tak 'producer' bertudung tu. Tapi disebabkan yang menghulurkan tangan terlebih dahulu adalah 'producer' itu maka berjabat tanganlah mereka sebagai tanda ucapan tahniah.

Satu soalan muncul di benakku. Apakah mereka membawa jiwa mereka bersama-sama dalam cerita yang mereka bikin?

Kadang-kadang aku rasa mungkin ada benarnya apa yang kak Wardina cakap ketika menjadi salah seorang panel jemputan untuk forum yang bertajuk "Layar Perak dan Tinta Emas" anjuran Intellectual Youth Club beberapa minggu yang lepas. Sesetengah 'producer' menghasilkan cerita berunsur religi atas sebab permintaan yang tinggi daripada masyarakat.
Yang menggunakan khidmat penasihat agama dalam drama atau filem mereka, Alhamdulillah. Bagaimana pula yang menulis cerita tanpa adanya penasihat agama? Takut-takut cerita yang mereka bikin boleh mengelirukan masyarakat sekarang yang sedia adanya iman lebih nipis daripada kulit bawang. Nauzubillah.

Apapun iktibar yang aku boleh ambil daripada insiden yang membuatkan aku terfikir-fikir tu....segala yang kita buat atau lakukan, carilah jiwa. Kenapa aku buat benda ni? Pensyarah aku cakap, Dr Zaid "Orang yang tak tahu tujuan dia buat sesuatu perkara adalah orang gila". Dan segala persoalan yang lahir di benak kita...jangan pandai-pandai buat kesimpulan sendiri. Cari orang yang arif dan alim.

Remember this by heart my dear. Don't just 'spit it out' but you don't know how to apply it for your beneficial.

Friday, November 4, 2011

Gulai Ikan


Pagi ini langit agak mendung. Aku kebosanan. Menatap nota 'transac' dengan kadar waktu yang agak lama memeningkan kepalaku. Mama dan abah dah pergi kerja. Edi hensem pergi sekolah. Alya menyibuk ikut mama kerja. Yang tinggal aku, bibik, Arif yang suka 'online', Emi yang suka membuta, kucing-kucing kesayangan, 'little' Nadia dan Sakinah.

Jadinya hari ini untuk menghilangkan kebejatan minda, aku belajar masak gulai ikan dengan bibik.
Aku terlebih dahulu menjadi 'baker' berbanding 'cooker'. Aku tak lah pandai sangat memasak. Terutama masak lauk yang rumit. 'Basic' yang sikit-sikit tu adalah. Cuma mungkin kurang 'skill'. Aku suka makan. So kenalah hebat memasak...haha.

RESEPI GULAI IKAN BIBIK

Bahan-bahan

1. 10 biji cili padi
2. 3 ulas bawang putih dan 4-5 biji bawang merah
3. Kunyit (ketul) - lebih kurang besar ibu jari
4. Halia - lebih kurang besar ibu jari
5. 2 batang serai
6. Asam keping (1)
7. Santan
8. Beberapa ketul ikan (dalam gambar adalah ikan pelaling)
9. Garam secukup rasa (garam kasar lebih baik)
10. Cili hijau besar
11. Sebiji tomato (dipotong empat)


Cara-cara

a) Mula-mula, tumbuk cili padi, bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit. Kuantiti halia sama banyak dengan kunyit. Ketepikan.
b) Masukkan santan dalam periuk.
c) Kemudian masukkan 'paste' di langkah a dalam periuk. Gaul rata bersama santan.
d) Ketuk serai, lebih kurang dua batang, masukkan dalam periuk bersama-sama dengan asam keping sekeping.
e) Masukkan ikan.
f) Rebus sampai mendidih. Masukkan cili hijau besar dan tomato. Letak garam secukup rasa.

note: rebus gulai sampai rasa masam-masam pedas.

-siap-
gulai yang siap mendidih untuk hidangan tengahari

Apapun memasak ni yang penting asas. Selepas itu kita boleh masak ikut citarasa sendiri. Kalau tak suka masam sangat tak payah letak tomato. Kalau tak nak guna ikan pelaling guna ikan lain yang bersesuaian. Itulah pengalaman sepanjang menjadi 'baker' kat rumah. Ubah ikut citarasa sendiri dan keluarga. Sebab itulah aku suka segala yang 'homemade' dan 'handmade'.

p/s: gulai ni memang sangat sihat sebab tak letak minyak dan santan tak pekat sangat. Baik untuk kesihatan...hehe. Entri ni sepatutnya disiarkan siang tadi...so sad