Thursday, July 24, 2014

Politik adalah........




Selama ini aku lemas dengan permainan politik di negara tercinta ini. Aku bukanlah penganalisis mahupun pemerhati politik tegar. Dan pula aku bukan orang yang akan menyerabutkan pemikiranku dengan hal ehwal kepartian politik. Aku adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang biasa, yang mentafsir keadaan politik Malaysia menurut pendapatku sendiri.

Akan tetapi, aku bangga dengan anggota Dewan Rakyat lewat persidangan yang baru diadakan semalam (atau mungkin kelmarin). Semua Yang Berhormat bersatu padu menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan demi menyelematkan Malaysia daripada konflik kuasa besar dunia. Mereka telah mengenepikan ketegangan politik masing-masing.

That's my Statesmen!

Dari sekolah dulu, aku sering mendengar cakap-cakap orang bahawa jangan masuk politik sebab permainan politik itu kotor. Aku sedar itu.

Anyway, I'm not really into politics!

Tetapi politik itu amat penting. Aku bukanlah pelajar Sains Politik. Tapi aku cuba memahami politik waktu demi waktu.

Menurut kamus Oxford, maksud POLITICS adalah " The science or art of government ". Tanpa politik, tiadalah negara. Dan aku fikir tiada hard and fast rule untuk mentadbir negara. Maksud aku, ada peraturan dalam mentadbir negara. Namun untuk situasi-situasi tertentu seperti kecemasan, di situlah seni berpolitik memainkan peranan.

Apa yang menarik perhatianku adalah perkataan POLITIC di dalam kamus yang sama berdefinisi sebagai
" wise or prudent ". Meskipun ianya tidak serupa dengan perkataan yang sama, namun kedua-dua perkataan menghasilkan bunyi yang sama.

Ya, ahli parlimen dan ahli politik perlulah menempatkan diri mereka di kalangan manusia yang wise atau prudent. Bijak, teliti dan berpandangan jauh.

Professor Syed Naquib Al Attas di dalam bukunya Risalah Untuk Kaum Muslimin ada menyentuh tentang perkara ini. Beliau berpendapat bahawa, adalah merupakan sesuatu yang ironi apabila kerjaya-kerjaya tertentu telah 'disukat' kelayakan dan kemahiran mereka sebelum diserap masuk ke dalam sesuatu organisasi pekerjaan, namun untuk menjadi wakil rakyat tidak ketat syarat kelayakannya. Menurut beliau lagi, seseorang wakil rakyat perlulah menjalani latihan kepimpinan sebelum layak menjadi pemimpin.

Amanah menjadi seorang wakil rakyat adalah suatu amanah yang berat. Di pundak mereka tergalas satu tanggungjawab yang mana mereka adalah seseorang yang bekerja untuk rakyat. Membantu rakyat tidak patut disempitkan pengertiannya sebagai sesuatu yang berbentuk kewangan dan kesenangan hidup. Pendidikan dan pembentukan moral rakyat juga adalah antara perkara yang patut diberikan perhatian yang sama sebagaimana bantuan kewangan.

Apabila seseorang itu menjadi wakil kepada rakyat, maka merekalah yang akan berada di barisan hadapan sekali membentengi rakyat dan negara. Kemudian barulah datang sistem-sistem pertahanan yang lain seperti polis dan tentera. Mereka adalah 'otak' negara yang mengatur urusan negara supaya ianya berada dalam keadaan aman dan damai.

Aku lebih senang bersikap sederhana dalam politik. Apa yang salah, tetap salah. Dan yang betul adalah kebenaran.

Aku berdoa semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik dan stabil.

Semoga jiwa masyarakat Malaysia lebih besar seiring dengan pacuan kemajuan negara.

I love Malaysia. Opps..... I mean my Golden Chersonese.

Dalam senarai bacaan. Akan datang.




No comments: