Friday, July 18, 2014

TRAUMA




Sejujurnya, aku terkejut mendengar berita pesawat MAS MH17 ditembak di Ukraine pagi ini. Trauma. Sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Penantian MH370 masih diharapkan. Datang pula kejadian seperti ini. Rasa sakit.

Pada mulanya, seorang rakan bertanya, " Fiqah mesti tak buka FB kan?"

Jawabku, "Kenapa?"

"Pasal MAS"

Bila mendengar perkataan MAS sahaja, jantungku berdebar. Rasa tak sanggup mendengar berita buruk lagi.

MH17 meletup. Semua penumpang meninggal dunia. Pada malam Jumaat bulan Ramadhan. Moga kesemua yang terbunuh mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

MH370 pula hilang tiada khabar berita entah ke mana.

Walau dengan kejadian sebegini, aku percaya pada kredibiliti MAS. Apa yang berlaku mungkin peluang dan ruang bagi yang sedang 'mengintai' Malaysia. Aku percaya sepenuhnya pada MAS dan apa yang terjadi pada dua kejadian ini tidak boleh seratus peratus dituding jari pada MAS.

Entahlah. Dua tragedi penerbangan terburuk Malaysia dalam masa satu tahun. 2014. Kita tidak tahu apa pula yang akan terjadi selepas ini. Minta Allah melindungi dan mengasihani kita semua.

Siapa pun dalangnya, Ukraine atau Rusia atau pemberontak ataupun kemungkinan 'orang' ketiga, aku harap bertanggungjawablah terhadap insiden ini. Jangan heret Malaysia dalam kancah masalah antara Ukraine dan Rusia.


No comments: