Sunday, May 18, 2014

The Croods





Ini adalah The Croods. The Croods lebih sinonim dengan panggilan Cavish atau orang gua. The Croods mengisahkan sebuah keluarga pada zaman pra sejarah yang kononnya adalah satu-satunya keluarga yang tinggal setelah 'jiran-jiran' mereka yang lain mati akibat faktor cuaca dan binatang buas.

Mereka terdiri daripada 6 ahli keluarga kesemuanya iaitu ayah, ibu, nenek, kakak, adik lelaki dan adik perempuan. Fokus cerita ini tertumpu pada watak ayah yang terlalu melindungi dan watak anak perempuan yang sering memberontak, kerana kongkongan daripada ayahnya yang dirasakan tidak munasabah.

Segala sesuatu yang 'baru' bagi mereka adalah sesuatu yang berbahaya dan boleh membawa kematian. Oleh itu, mereka sering berkurung di dalam gua bagi mengelak serangan binatang buas dan waktu malam yang gelap. Mereka hanya akan keluar untuk mencari makanan.

Pada fikiran mereka gua adalah tempat paling selamat sehinggalah berlaku suatu bencana. Kehidupan mereka juga berubah 360 darjah apabila watak anak perempuan tersebut (Eve) bertemu dengan seorang pemuda yang bernama Guy.



Ulasan

Sebuah animasi yang menarik dan juga cantik. Aku tertarik pada mesej yang disampaikan. Bahawa manusia itu istimewa bukan hanya dengan kekuatan. Tetapi kebijaksanaan yang bersumber dari akal. Jangan pernah takut untuk mengeluarkan idea dan mencuba sesuatu yang baru. Jangan pernah mematikan curiosity

Sentiasa berani untuk menempuh sesuatu yang lebih baik biarpun susah. Dan jangan pernah tinggalkan keluarga. Sebab susah senang kita adalah bersama keluarga. Sayangi keluarga kita dan jangan pernah berputus asa dan berputus harapan untuk mencuba sesuatu yang baru.

Sila jangan lupa tonton The Croods!

No comments: